Sepanyol atau Castellano?

          Bahasa Sepanyol ialah tinggalan daripada bahasa Latin yang dibawa penakluk empayar Rom ke semenanjung Iberia itu semasa zaman kegemilangan empayar Rom. Terdapat banyak etnik dan budaya di wilayah yang dipanggil Hispania oleh Rom sebelum kedatangan mereka ke sana. 

          Manusia zaman yang dipanggil zaman Solutrean telah menduduki Eropah dan Semenanjung Iberia sejak 32,000 tahun yang lalu. Solutrean ialah nama yang merujuk kepada zaman manusia zaman batu yang hidup di Eropah pada 32,000 tahun lalu sempena nama sebuah tempat dimana pakar arkeologi telah menemui artifak tinggalan manusia awal Eropah itu di Solutre Perancis.  

Manusia awal era Solutrean di Eropah

           Antara tamadun atau budaya yang mula wujud ialah kebudayaan Celt yang tersebar melalui perdagangan sehingga ke seluruh Eropah.  Adalah dipercayai mengikut catatan sejarah penduduk yang berbudaya Celt di Ireland dan England berasal dari utara Sepanyol. mereka berhijrah sekitar 4,000 tahun dulu dan menentang penduduk asal juga orang Celt di kepulauan British itu sejak dari 8,000 tahun yang lalu. Perlu di ingatkan disini Celt bukan bangsa tetapi amalan budaya kehidupan seharian seperti bahasa, muzik dan spiritual yang meresap kedalam budaya etnik lain melalui perdagangan. 

Kawasan budaya Celt - yang berpusat di tengah Eropah


          
           Bahasa dan budaya Celt ialah yang asal di semenanjung Iberia (Sepanyol). Bagaimana pun terdapat juga tinggalan penempatan orang Pheonicia di selatan dan juga beberapa etnik lain yang sudah pupus. Orang asal Basque di utara Sepanyol yang bahasanya berbeza dari bahasa etnik dan bangsa lain di Sepanyol masih ada di negara Spain & France. 

Pahlawan Celt Iberia


Askar Rom di Hispania

            Kedatangan penakluk Rom pada 2,200 tahu lalu ke Iberia (Hispania) telah membawa bersama bahasa Latin & budaya Rom. Perlahan - lahan bahasa asli Celt di semenanjung Iberia itu bercampur dengan bahasa Latin Rom dari semenenjung Italy. Penghijrahan orang berbangsa German Visigoth yang bergerak ke barat dari Eropah timur sekitar 2,000 hingga 1,500 tahun lalu telah menyebabkan orang -orang Celt terpinggir dan terpencil kebeberapa wilayah yang hari ini kita kenali sebagai wilayah bangsa Celt iaitu Ireland, Scotland, Wales, Brittany, Galicia dan Asturia. Di Semenanjung Iberia orang Goth telah menawan wilayah itu dari kuasa Rom semasa era serangan orang barbarian Germanic ke atas empayar Rom sehinggalah pada kejatuhan empayar Rom. Dari penaklukan orang Goth yang menjadi dominan di utara Sepanyol itu budaya & bahasa mereka bercampur-gaul menjadi bahasa purba Sepanyol daripada gabungan budaya Latin Rom, Celt dan German.  



Visigoth

Visigoth

            Pada 771 orang Moor dari Afrika utara menyerang bangsa Goth yang memerintah Hispania sehingga menyebabkan orang Goth berundur ke utara. Orang Islam Moor memerintah semenanjung Iberia selama hampir 900 tahun sehingga bahasa dan budaya Sepanyol purba itu telah dipengaruh oleh budaya dan bahasa Arab. 


            1492 ialah tahun dimana negara Islam terakhir telah ditawan oleh orang Kristian Goth dalam kempen mereka untuk mengusir orang moor dari bumi Sepanyol dan tahun itu juga ialah tahun di mana Christopher Columbus telah menemui benua Amerika yang memulakan permulaan kepada penguasaan mereka keatas tanah baru dan seterusnya menjadi kuasa besar dunia pada abad ke 15. 


Penyerahan Granada dari Moor kepada Raja Aragon Dan Ratu Isabella



          Bahasa Latin empayar Rom purba asalnya daripada dialek daerah Lazio, Daerah terletaknya Rom. Bahasa Latin itu sendiri ialah bahasa yang tumbuh dari tamadun Greek purba yang tergolong dalam kelompok Indo-European /Aryan.

          Banyak comment dari orang-orang  yang berbahasa Sepanyol yang tidak suka di panggil castellano atau Castilian. Mereka berkata castellano hanya dialek daerah di utara Sepanyol. Terdapat pelbagai dialek di negara Sepanyol antaranya dialek Andalucian di selatan Sepanyol. Sepanyol atau Espanol ataupan Spanish adalah nama yang patut digunakan kepada orang yang berbahasa Sepanyol kata mereka.
Seperti memanggil orang Johor sebagai orang Kedah padahal dialek mereka berbeza. Juga seperti memanggil orang Mexico sebagai castellano kerana bukan semua mereka berasal dari daerah Castile. Juga seperti memanggil orang Amerika Utara sebagai Orang English padahal terdapat perbezaan dialek. Atau pun memanggil orang Indonesia sebagai orang Malaysia. Kedengaran janggal dan tidak tepat untuk menggambarkan kaitan diantara dialek-dialek dan bangsa mereka. Dialek Castilian adalah bahasa asal bahasa Sepanyol tetapi umumnya pada hari ini diseluruh dunia ia di panggil Sepanyol, Spanish atau Espanol.



         Orang English memanggil bangunan yang dibina menjadi kubu pertahanan tempat tinggal raja atau bangsawan pada zaman pertengahan (medievel) sebagai Castle. Orang Perancis pula memanggil bangunan itu Castel. Orang Sepanyol memanggil bangunan itu Castillo. Orang Italy memanggil bangunan itu Castello. Perkataan itu berasal dari perkataan Latin - Castellum. Perkataan Castilian pula merujuk kepada bahasa daerah utara Sepanyol yang terbahagi kepada dialect Manchegan, Murcian , Extremaduran dan Madrilean. Ada banyak lagi dialect di negara Sepanyol seperti Andalucia, Canarian, Murcian & bahasa Llanito yg bercampur dengan English di Gibraltar
Kebudayaan Bahasa Sepanyol (Hispanic)

Juga terdapat bahasa lain di negara Sepanyol seperti Galicia yang berkaitan dengan bahasa Portuguese,
Bahasa Andorra yg berbeza dari Bahasa Sepanyol, Basque -- bahasa paling asli Pyrenees.
Dialect Rioplatense (River Plate) pula di tutur di wilayah antara Argentina & Uruguay yang menyerupai Italy dari penghijrahan orang Italy Eropah khususnya di Buenos Aires selain dari dialect Castellano & Galego (Galicia) iaitu dialek majority di Argentina. Dialect Equatoguinean di beberapa negara Afrika, Sepanyol Caribbean di Cuba, Puerto Rico & Amerika Tengah. Bahasa Sepanyol di benua Amerika Latin pula dituturkan oleh negara Mexico, Colombia, Peru, Bolivia & semua negara di Amerika Selatan. Umum nya orang berbahasa Sepanyol tidak suka dipanggil Castellano kerana ia hanya bahasa daerah dari utara Sepanyol. Lebih baik di panggil Espanol, Spain, Espana atau Spanish kata mereka.

Hispania didalam empayar Rom 2,000 tahun dahulu

          Orang-orang berkebudayaan Celt dari tengah Eropah mula menduduki Spain & Eropah sejak 9,000 tahun yang lampau. Terdapat juga tinggalan pendudukan orang Phoenician di selatan Spain yang memanggil Gibraltar Calpe 2,600 tahun dahulu. Peluasan empayar Rom pada abad pertama dari Semenanjung Italy menamakan semenanjung itu Hispania. Penghijrahan beramai-ramai orang Germanic Visigoth pada abad itu juga menyebabkan orang Celt hanya bertumpu di Ireland, Scotland, Breton, Galicia & Lusitania. Pada tahun 711 orang Islam dari Afrika utara (Morocco) menakluk & menawan kerajaan-kerajaan Goth (Germanic) kristian. Tahun 732 mereka mara sehingga ke tengah Perancis dalam Battle of Tours  tetapi dikalahkan oleh orang Germanic Frankish & Burgundian. Orang Islam berundur ke Selatan Hispania & mendirikan kerajaan Islam. Untuk menghalang penaklukan Islam ke seluruh Eropah, orang Visigoth telah membina banyak kubu (castillo) di utara Hispania & di selatan France sebagai benteng pertahanan dari serangan balas orang Islam sehingga wilayah itu dipanggil castile kerana jumlah castle yang banyak di sana. Pada zaman pertengahan orang German Goth mula memanggil bahasa Rom yang mereka gunakan sebagai Castellano atau maknanya lebih kurang macam ini -.wilayah yang penuh dengan kubu atau Castillo itu beransur-ansur dipanggil 'Castile' satu pengertian baru kepada perkataan 'kingdom' atau kerajaan.  Tahun 1492 menandakan tarikh kerajaan Islam Spain terakhir di tewaskan di Granada dalam kempen Reconquista & tarikh itu juga Columbus menemui Amerika. Kerana kekayaan yang melimpah ruah hasil dari penemuan benua Amerika oleh orang castilian dari kerajaan Castile nama "castilian" telah memberi makna baru kepada golongan bangsawan. di Eropah.


Penaklukan semula wilayah Tanah Hisapnia oleh kerajaan Visigoth
         Apa bila orang dari bumi Hispania ini menjelajah & menjajah mereka menggunakan “coat of arm” mewakili kerajaan Castile Y Leon. Mereka belayar ke benua baru (Amerika) & juga belayar ketimur jauh beribu-ribu batu, berbulan-bulan sehingga ke asia tenggara ke kepulauan San Lazaro (nama lama kepulauan Filipina). Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai "castellano" iaitu orang dari negara Castile kepada orang asli disana. Sejak itu orang tempatan di Filipina ratusan tahun dahulu memanggil bahasa dan bangsa Eropah dari semenanjung Iberia ini sebagai ‘castellano’ tetapi dengan dialek tempatan ia menjadi ‘kastilang’. Disebabkan Kerajaan Castile ialah kerajaan dominan di Hispania maka bahasa castellano menjadi bahasa penghantar di seluruh negara Castile. Castellano menjadi permulaan kepada bahasa Sepanyol moden. Hari ini bahasa dari zaman medieval Sepanyol itu merujuk kepada orang yang tinggal di daerah castilla dalam negara Spain, maka Espanol (Sepanyol) atau Spanish adalah nama umum yang biasa dipanggil kepada penutur bahasa itu yang berada di tangga ke tiga paling banyak ditutur di seluruh dunia.
Peta Portugal, Spain & Morocco
            Castillo ialah kubu istana di Eropah, Celt pula ialah kebudayaan asli atau orang asli Eropah purba. Kerajaan orang Goth di Hispania (Castilla la Isabella Y Castilla La Aragon) dinamakan Castilla kerana terdapat banyak castle di wilayah mereka untuk melindungi dari serangan Moor. Tidak ada etnik minority “kastilang” di negara Malaysia yang aman damai disebabkan tidak ada koloni dari penjelajah & penakluk Sepanyol yang bertapak di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Berbeza dengan etnik keturunan Portugis yang bertutur bahasa 'creole'' Kristang iaitu campuran pelbagai bahasa seperti Melayu dan bahasa asasnya Latin Portugis zaman pertengahan. Bahasa Latin Portugis zaman medieval ialah bahasa yang sangat berbeza dari bahasa Latin Castellano. Perbezaannya juga sangat jauh antara Bahasa Portugis dan bahasa Latin Perancis. Dalam Bahasa Tagalog, bahasa & orang keturunan Sepanyol dipanggil Kastilang. Mereka itu adalah keturunan Sepanyol dari Spain yang datang menjajah kepulauan Filipina sejak 500 tahun dahulu.




Vea este mapa. Esto es España y me vino de la región de Castella.
(See this map. This is Spain and I came from the region of Castella.)

Oh, ako makita ito. Ikaw ay Kastilang.
(Oh, I see it. You are Spaniard)

Yo soy un hombre del castellano español y hablo castellano
(I am a man of Castilian Spanish and I speak Castilian language)

kaya mo ang mga tao ay Kastilang
(so you people are spaniard)

         Terdapat satu lagi definisi bagi perkataan yang berasal dari nama negara Sepanyol era medieval ini iaitu "castilian". Ia bermaksud golongan bangsawan dan kerabat diraja di zaman pertengahan Eropah. Dengan penemuan benua Amerika oleh peneroka dan penjelajah Sepanyol, negara sepanyol bertambah kaya dan menjadi kuasa tentera terkuat didunia dari abad ke 15 hingga ke 17. Maka dengan itu nama "castilian" tersebar ke seluruh Eropah untuk merujuk kepada orang-orang kaya, golongan bangsawan dan kerabat raja. Ditambah pula bahasa Latin ialah bahasa 'lingua franca' (bahasa pengantar & bahasa ilmu) di Eropah pada zaman itu berbeza pada hari ini yang perlahan-lahan diganti pula oleh bahasa English. Semenjak orang English memulakan pelayaran, penjelajahan keseluruh dunia secara pesat dari abad ke 17 hingga ke 19.     


Kapal layar Sepanyol abad ke 15 

Bahasa Chavacano

Chavacano ialah bahasa creole iaitu bahasa campuran atau pun bahasa yang timbul akibat dari pertembungan beberapa budaya & bangsa. Contohnya bahasa pasar. Bagaimana pun bahasa chavacano hari ini bukan lah bahasa pasar kerana ia telah menjadi bahasa pengantar kepada hamper satu juta orang di Zamboanga Filipina. 

Pulau Cebu Pilippine


Nama ‘chavacano’ berasal dari nama pulau Cebu. Cebu ialah wilayah pertama yang dijajah Sepanyol pada April 27 1565 oleh Miguel Lopez De Legaspi. Semenjak dari itu sekolah telah didirikan dan orang tempatan telah menganut kristian dan menjalani cara hidup budaya Sepanyol. Di pulau itu lah penjajah Sepanyol telah mendirikan kubu tentera San Jose ditengah-tengah tanah orang Moro untuk pertahanan dari lanun Moro yang dalam perjalanan menyerang pulau Visaya dan Luzon. Orang-orang Visaya telah dikerahkan untuk membina kubu itu pada 1630-an. Oleh kerana orang Sepanyol ialah tuan mereka lalu terpaksalah mereka berbahasa Sepanyol sebagai perhubungan dengan tuan mereka. Dari sinilah bahasa Chavacano bermula apa bila bahasa tempatan bercampur dengan bahasa Sepanyol. Tetapi bahasa tempatan dikawasan itu ialah Bisaya.

Kubu pertahanan San Pedro di Cebu Philipine



Paderi Kristian Sepanyol menyumbang kepada evolusi bahasa chavacano apa bila mereka dihantar ke kubu askar Sepanyol di Zamboanga dan Cebu sebagai pembimbing jiwa dan sebagai penterjemah kepada pahlawan-pahlawan Visaya dalam dialek chavacanos visaya. Dalam usaha menyebar kristian dan berkomunikasi bahasa chavacanos ialah medium perhubungan terbaik bagi orang tempatan. Sekolah bahasa telah didirikan di Cebu selepas penaklukan Cebu.

Bahasa Castilian atau Castellano yang digunakan oleh askar-askar Sepanyol ialah bahasa asas kepada chavacanos kerana akibat dari kekuasaan tentera Sepanyol. Beberapa orang yang pernah membina kubu di Cebu telah turut membina kubu tentera Sepanyol di Zamboanga yang kemudian telah menyebarkan bahasa chavacanos di situ. 

Bahasa Sepanyol hari ini sangat berbeza sekali dari bahasa Castilian atau castellano 500 – 400 tahun dahulu. Oorang Sepanyol hari ini tidak akan faham bila seorang bercakap bahasa purba Castilian Sepanyol 400 tahun dahulu. Ini adalah disebabkan bahasa Sepanyol telah berubah dari masa 500 tahun hingga ke hari ini. Bagaimana pun orang yang bercakap bahasa chavacano boleh memahami bahasa purba Castilian di Sepanyol yang dipertuturkan disana pada 500 atau 400 tahun dahulu. Ini adalah kerana bahasa creole chavacano telah terpelihara dan tidak terikat dengan pembangunan bahasa Sepanyol Eropah selama 374 tahun sejak tertakluknya Cebu.

Askar-askar Sepanyol sudah tentu membawa bersama dialek-dialek berbeza dari daerah kelahiran mereka dan perlu di ingatkan bahawa sepanyol juga pernah dipengaruh budaya arab moor dan telah diperintah orang Islam selama 900 tahun. Dari kajian pakar bahasa mendapati ada juga terdapat tinggalan bahasa Portugis dan Itali dalam bahasa Chavacanos kerana Zamboanga telah menjadi pelabuhan penting di selatan Filipina dimana bandar itu mejadi persinggahan pelayar & pedagang Portugis yang menuju ke tanah jajahan mereka di kepulauan Maluku. Juga rekrut tentera berbangsa Portugis dalam khidmat tentera kerajaan Sepanyol. Pengaruh Itali terdapat dalam chavacanos kerana paderi Jesuit dari Italy yang menyebarkan ugama kristian. Zamboanga ialah satu-satunya bandar di Asia yang dipanggil bandar “Latin Asia” kerana banyaknya penutur bahasa itu di wilayah dan Bandar Zamboanga.


Kubu Pertahanan Fort Santiago (Intramuros) Manila


Pengaruh orang asli Mexico juga terdapat dalam chavacanos. New Spain (Nueva Espana) atau Mexico mempunyai pertalian perdagangan dengan kapal-kapal sepanyol dari Mexico iaitu tanah jajahan Sepanyol di Amerika Selatan. Serangan demi serangan oleh orang Moro telah menyebakan banyak orang dijadikan tawanan, hamba abdi atau dibunuh. Beberapa orang asli (Indian) Mexico telah dibawa masuk ke Philipine untuk membantu menyebar Kristian. Pengaruh bahasa Indian Mexico (orang asli) dan creole sepanyol terdapat dalam chavacanos. Juga terdapat perkataan bahasa orang asli Peru yang turut dihantar ke Philipine.

Beberapa lagi bahasa lain yang turut menyumbang kepada bahasa chavacanos ialah Subanons dan Lutaos (Badjao) di jambangan. Kerana kejayaan paderi kristian dalam menarik orang subanon & lutaos yang tidak berugama islam menganut agama kristian.

Gelombang ketiga menyumbang perbendaharaan kata bahasa chavacanos ialah Yakan dari Basilan. Bangsa tempatan ini telah lama menjalankan perdagangan sesama mereka. Bahasa chavacanos menjadi lingua franca di antara mereka. Para pahlawan Visaya yang tidak berbahasa chavacanos dibantu memahami bahasa chavacanos oleh pahlawan yang boleh berbahasa campuran (creole) itu.

Ancaman dari serangan lanun China Koxinga yang telah beberapa kali menyerang penempatan Belanda di Taiwan telah menyebabkan ramai orang berbahasa chavacanos dan Sepanyol dihantar ke Manila yang terletak di utara (pulau Luzon) untuk membantu mempertahankan bandar itu . Manila pada masa itu telah pun juga menjadi bandar & pelabuhan penting sama seperti Cebu dan Zamboanga. Telah ada bahasa yang dipengaruhi Sepanyol di sana seperti Tagalog. Bagaimana pun Tagalog bukan lah bahasa creole kerana hanya beberapa peratus perkataan bahasa sepanyol dipinjam kedalam bahasa itu. Bahasa tagalog turut dipinjam kedalam chavacanos. Bahasa chavacanos tidak seperti bahasa Sepanyol yang dipertuturkan oleh orang-orang keturunan Sepanyol di Manila tetapi chavacanos juga boleh didapati di pulau Luzon wilayah utara Philippine tersebar disana akibat perpindahan orang sepanyol & chavacanos yang membantu tentera sepanyol di Manila dari serangan lanun. Walaupun bahasa Sepanyol di Manila dan Cebu telah mengikut kemajuan bahasa Sepanyol moden mengikut peredaran zaman hanya bahasa chavacanos masih mengekalkan ciri-ciri bahasa creole (campur).

Tidak seperti penaklukan Sepanyol & Portugis di Amerika Selatan yang berjaya meng’kristian’kan dan menjadikan bahasa Sepanyol atau Latin sebagai bahasa utama di Amerika Selatan, di Filipina tidak semua orang tempatan berjaya dikristiankan dan bahasa Sepanyol bukan bahasa utama dan rasmi di negara itu. Mungkin akibat dari tentangan yang sengit dari penduduk tempatan maka orang Eropah lebih suka berhijrah ke Amerika selatan dari tanah penuh lanun dan pejuang Islam di Philippine. Keadaan geografi Filipina yang terdiri dari beribu-ribu pulau kecil dan besar juga bergunung ganang menyukarkan lagi penyebaran bahasa Sepanyol.

Oleh kerana bahasa chavacanos ialah bahasa yang berasaskan bahasa Castilian purba,
Maka tidak hairanlah kalau orang tempatan Filipina juga memanggil bahasa itu Castilian atau kastilang dalam loghat tempatan. Bagai mana pun bahasa Castilian ialah bahasa purba yang tidak mungkin difahami oleh orang Sepanyol moden. Sama perbezaannya antara bahasa melayu moden dan bahasa melayu klasik. (bahasa chavacanos dan Castilian bukan bahasa melayu). 

Bahasa Chavacanos bukan lah bahasa rasmi negara Philippine kerana ia hanya dituturkan oleh penduduk di Zamboanga. Bahasa Sepanyol modern juga ada dituturkan oleh orang keturunan etnik Sepanyol campuran Filipina di Philippine. Walaupun setelah dijajah hampir 500 tahun oleh Sepanyol, rakyat Philippine masih lagi mengamalkan budaya & bahasa tempatan mereka. Tidak seperti di benua Amerika Selatan bekas tanah jajahan Sepanyol. Bahasa Sepanyol ialah bahasa pengantar Dan bahasa rasmi negara negara itu. Di Philippines, bahasa Filipino (Tagalog) dan bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi bahasa penyatuan negara Philippines.    

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Islam di Sepanyol

Negara Spain modern pada hari ini ialah sebuah negara Kristian katolik. Majoriti penduduknya berugama Islam. Tetapi tanah di semenanjung Iberia yang menempatkan negara Sepanyol dan Portugal itu pernah ditakluk oleh orang Islam dari Afrika utara. Selama hampir 900 tahun kerajaan islam memerintah hampir keseluruhan Sepanyol & Portugal. Ketika negara Eropah lain sedang mengalami kemunduran setelah kejatuhan empayar Rom, Sepanyol & Portugal yang dikuasai oleh orang Islam telah mengalami kemajuan ekonomi, budaya, kesusasteraan & sains. Terdapat banyak kerajaan kerajaan atau negara kecil Islam di Sepanyol & portugal. Di sana lah para pedagang dan ilmuan islam bertemu.  Banyak ilmuan Islam telah menyelidik bidang astronomi, sains fizik, kimia & perubatan. Hospital pertama didunia juga telah didirikan orang Islam di Sepanyol. Disebabkan Islam ialah ugama yang toleransi juga menghormati ugama lain, orang Yahudi & Kristian bebas untuk menganut ugama mereka. Penduduk Islam, Kristian & Yahudi hidup dalam kehidupan yang damai semasa dalam pemerintahan Islam telah menyebabkan ekonomi berkembang di Sepanyol. Zaman kemuncak pemerintahan Islam, wilayah Islam di Sepanyol & Portugal telah dikunjungi orang dari negara Eropah yang berugama Kristian untuk mempelajari ilmua sastera & sains Islam. 

Selepas kejatuhan empayar Rom, negara Eropah dilanda perang sesama sendiri. kajian ilmu sains dianggap tidak penting. Mereka yang mengkaji & menjalankan ujikaji sains dianggap menyeleweng dari ajaran ugama juga dianggap sebagai seorang yang mengamalkan sihir. Ilmu sastera, sains & teknologi yang begitu diagungkan semasa pemerintah Greek & Rom dizaman empayar Rom dulu telah dilupakan. Orang Islam lah yang telah menyimpan ilmu sains & perubatan juga teknologi Greek dan Rom diterjemahkan kedalam bahasa Arab. Dari ilmu ini lah orang Islam telah menyambung kembali kajian sehingga ilmuan saintis islam menemui penemuan sains teknologi baru.    

Satu perkara yang datang daripada orang Arab semasa pemerintahan mereka di Sepanyol & Portugal kepada evolusi muzik modern ialah alat muzik gitar. Berasal dari Oud atau gambus Arab, ia diperkenalkan kepada penduduk Sepanyol semasa pemerintahan Islam. Apa bila orang Arab & Moor dihalau keluar oleh orang Kristian & benci mereka kepada orang Arab Moor, alat muzik gitar telah di ubah rupa bentuknya menjadi seperti alat muzik gitar yang kita kenal hari ini.

Pada 711 M, tentera Muslim menyerbu Sepanyol dan menakluk Semenanjung Iberia pada 718 M. Pada 711, Bani Moor menakluki Sepanyol Kristian Visigoth. Di bawah perintah ketua Berber mereka Tariq ibn-Ziyad, mereka tiba di Gibraltar pada 30 April dan membawa kebanyakan bahagian Semenanjung Iberia, (kecuali kawasan-kawasan kecil di barat daya wilayah Asturias dan Basque), di bawah pemerintahan Islam selama lapan tahun. Mereka cuba untuk berpindah ke timur laut merentasi Pergunungan Pyrenees terhadap Perancis, tetapi dikalahkan oleh Kristian Frank Charles Martel di Perang Tours pada 732. Orang Moor memerintah Afrika Utara, sebahagian wilayah-wilayah Sepanyol dan Portugal di Pyrenees) untuk tempoh yang berbeza, biasanya diukur dengan abad, julatnya dari hanya 28 tahun di timur laut Sepanyol (Galicia), hingga selama 781 tahun di kawasan tenggara Sepanyol yang bergunung, di sekitar bandar Granada. Walaupun tidak dibuktikan, adalah dipercayai umum bahawa ikatan persaudaraan berkait dengan tentera Arab/Barbar menakluki semenanjung Iberia adalah disebabkan berpusatnya kerajaan di bawah pemerintahan Visigoth. Setelah kalahnya Roderick, kekuasaan Visigoth ke atas semenanjung Iberia bertambah dan menjurus dari pantai utara Sepanyol, dan wilayah Septimania (sebuah daerah Perancis dari Pyrenees ke Provence), sebuah daerah yang dahulunya di bawah pemerintahan Visigoth telah diletakkan di bawah pemerintahan Islam.

Pemerintahan Islam di Sepanyol

Rencana utama: Al-Andalus
Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza :
  • Emiriah Bergantung (711-756);
  • Emiriah Bebas (756-929);
  • Khalifah (929-1031);
  • Era Almoravid (1031-1130);
  • Kejatuhan (1130-1492).
Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi.

Kejatuhan Islam di Sepanyol

Kawalan Islam Sepanyol telah terhakis secara perlahan oleh Reconquista Sepanyol. Reconquista (Taklukan semula) adalah proses yang digunakan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol utara untuk akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama pertama yang jatuh ke dalam kekuasaan Kristian adalah Toledo pada 1085. Akan tetapi, hanya pada 1492, apabila Granada, bandar Muslim yang terakhir, jatuh ke Kristian di bawah tangan Ratu Isabella dengan suaminya Ferdinand dari Aragon, barulah ia berakhir. Kebanyakan orang bukan-Katolik dipaksa untuk meninggalkan Sepanyol atau menganut Katolik, jika tidak mahu menghadapi penyeksaan atau kematian.

Islam dalam Sepanyol moden

Pada dekad baru-baru ini, penghijrahan telah menyebabkan kemunculan semula orang Islam, dengan lebih dari 1 juta orang Islam menetap di Sepanyol, yang majoritinya orang Maghribi yang datang untuk bekerja. Walaupun mereka ada hak untuk menetap dan bekerja, sesetengah mereka bukan warganegara Sepanyol.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Rock en Español

"Rock en Español" ialah muzik Rock dalam bahasa Sepanyol. Panggilan itu di gunakan terutamanya untuk membezakan muzik-muzk rock bahasa sepanyol daripada muzik Rock bahasa Inggeris (English Rock). Satu style yang berkembang di Amerika Latin & masyarakat Latin bersama jenis muzik lain seperti Caribbean, Ska, Rerggae & Soca. Rock En Espanol termasuk dalam kategori 'Ibero-Amerika Rock (termasuk Rock negara Spain)'.

Rock en espanol atau Rock In Spanish bermula pada 1958 di USA bila Ritchie Valen merakam lagu La Bamba yang memasyurkan lagu rock bahasa sepanyol di seluruh Amerika Latin. Beberapa band Latin Amerika merakam lagu Cuck Berry, Elvis, Little Richard & Buddy Holly akhir 1950-an & awal 60-an. Hard Rock, Metal, Punk, Thrash Nu Metal, Grunge & apa saja jenis rock dalam bahasa sepanyol termasuk ke dalam kategori Rock en Español.
Spain (eropah) banyak menghasilkan kepelbagaian Rock & Roll dengan mencampurkan Rock Amerika & budaya muzik tempatan seperti Celt, Catala Rock, & Flamenco Rock.








Sandro de America bermain muzik & lagu-lagu Elvis Presley tahun 1960-an






Carlos Santana muncul pada akhir 1960an pemain gitar Blues-Latin-Rock & lagu Oye Como Va





Los Gatos di era Rock Nacional muzik pop rock latin akhir 1960-an




Soda Stereo 1982




Los Prisioneros band Alternative Rock dari Chile - video mereka pertama sekali muncul dalam MTV versi America Latin tahun 1993 bertajuk We Are Sudamerican Rockers




 http://www.rockero.com/artists/

http://en.wikipedia.org/wiki/Latin_pop

http://www.allmusic.com/explore/style/latin-pop-d160

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Heavy Metal En Espanol



http://es.wikipedia.org/wiki/Heavy_metal_en_espa%C3%B1ol
http://www.rockero.com/
http://www.wemploy.com/spanish-dialects.html
http://spanish.about.com/od/spanishlanguageculture/a/spainlanguages.htm
http://www.directorys.uniquearticles.info/Article/Know-your-Spanish-Dialects-when-Traveling-to-Spain-or-Latin-America/3327