Sejarah Budaya Benua Eropah, Amerika Dan Afrika


Cerita manusia & bumi kita



Bumi kita sudah berusia 4.5 billion tahun. Kemudian 230 juta tahun dahulu Dinosaur setinggi bangunan 8 tingkat merayau-rayau di muka bumi. Kemudian meteor 10 kilometer diameter besar jatuh di bumi menyebabkan kawah besar 180 kilometer besar & tsunami setinggi 100 meter, kemusnahan 1,000 kilometer dari pusat impak meteor, kebakaran & hujan asid 65 juta tahun dulu. Dinosaur pun pupus akibat asap kebakaran yang menutup atmosphere bumi & digantikan pula oleh binatang mamalia kecil. 300,000 hingga 100,000 tahun dulu muncul homo sapien iaitu leluhur manusia moden.

Out of Africa migration
Homo ertinya 'manusia' (human) & sapien ertinya 'berfikiran' (wise) dari bahasa latin. Sudah tentu manusia 100,000 tahun dulu tak tau apa itu Homo Sapien. Kemudian Ice age 80,000 tahun dulu mereka merantau keluar dari Afrika ke seluruh dunia akibat ais menyelubungi hemispera utara & selatan 110,000 tahun dulu menyebabkan Afrika dilandau kemarau. Kemudian iklim panas sedikit, mereka bergerak ke utara. Ribu-an tahun kemudian iklim Sejuk balik (ice-age lagi). Manusia diutara turun selatan. Kemudian panas balik 12,000 tahun dulu & kekal sehingga sekarang. (ini bukan pertukaran musim setiap tahun). Manusia cuba menetap di satu tempat & menanam bijiran gandum liar juga menternak binatng.

Muncul kemudian tamadun terawal manusia se awal 10,000 tahun dulu. Dalam usia bumi yang berusia 4.5 billion tahun ini, tiba-tiba 128 tahun dulu manusia di New York sudah di terangi cahaya lampu elektrik ciptaan manusia. Lampu elektrik hanya mula menerangi bumi kita sejak 130 tahun dulu dibanding usia bumi 4,567,000,000 billion tahun. Begitulah serba ringkas cerita bumi kita dari pandangan & bukti arkeologi sains. Kalau kamu tidak faham maka rugi saja lah kamu pergi sekolah.

Lakaran yang menunujukkan permulaan peradaban manusia di Asia barat





Umur bumi....................4,567,­000,000 tahun dulu di galaxy Milky Way
Umat Homo Sapien................300,000 tahun dulu di benua Afrika
Tamadun pertama...................10,0­00 tahun dulu di Asia barat
Roman Empire........................­....2,764 tahun dulu di Eropah
Chin Empire........................­........2,267 tahun dulu di Asia timur
Malacca Empire........................­......611 tahun dulu di Asia tenggara
Mula lampu elektrik......................­..128 tahun dulu di New York USA
Kereta ciptaan pertama.................125 tahun dulu di Germany
Kapal terbang pertama..................108 tahun dulu di United States Of America


Orang Celt

Pahlawan Celt mara menentang Viking

Orang Eropah purba seperti Celt & Goth memberikan pedang kayu kepada anak-anak lelaki mereka yang baru berusia 5 tahun & melatih mereka berlawan pedang. Ia salah satu pelajaran diberi orang dewasa selain dari kerohanian & agriculture untuk persediaan bila dewasa. Masyarakat purba Eropah diluar empayar Rom tidak tertakluk pada undang undang maka pertahanan diri adalah penting & mereka juga melakukan kerja penaklukan (perang) sebagai kerjaya. Perkara seperti ini juga terdapat di tempat lain Asia, Afrika zaman purba ratus-an tahun & ribu-an tahun dahulu. Ada lagi cerita mengenai orang Celt di bawah.







Lihat video "The Ancient Celts" mengenai orang-orang dari  kebudayaan Celt purba di Eropah.



Hungary

Hungary ialah negara Eropah bekas negara komunis naungan Soviet Union. Penduduk asal Hungary ialah Celt 450 BC & kemudian berada dalam empayar Rom 9 AD - 430 AD. Di perintah oleh orang hungary -- Arpad tahun 1000 yang bertahan hingga 946 tahun. Ostrogoth, Lombard & Gepid & kemudian Slavic & Avar. berhijrah ke sana, di anggap pusat kebudayaan dunia barat masa itu. Sebahagian negara itu di takluk Turki 1541-1699. kemudian Harpsburg lepas itu menjadi negara komunis 1947-1989. Bila Austria membuka sempadan nya 1989 mencepatkan keruntuhan Blok Timur komunis. Hungary - orang Hun dari Asia tengah yang datang melanggar eropah semasa empayar Rom. Bahasa Magyar di Hungary bukan Indo-Eropah & mereka tidak belajar bahasa korea walau pun terdapat persamaan beberapa perkataan.

RubiK Cube
Mereka juga tak belajar bahasa Finnish & Estonia kerana hungary telah lama berkaitan dengan bahasa itu. Juga terdapat perkataan dari bahasa minority Russia eropah hingga ke Siberia & terdapat perkataan pinjam bahasa indo-eropah dalam bahasa Hungary (Magyar). 95% penduduk bertutur bahasa hungary, manakala kaum minority Roma 3%, Germans 1%, Slovaks 0.4%, Croat & Bunjasevic 0.2%, Romania 0.1%, Ukrain 0.1%, Serb 0.1%. Banyak ciptaan & jumpaan sains ditemui orang Hungary = David Schwarz Graff Zeppelin (kapal belon udara), Ottó Bláthy, Miksa Déri & Károly Zipernowsky mencipta transformer 1885, Tungsten electric bulb (1904) (Sándor Just) & krypton electric bulb (Imre Bródy), weak equivalence principle& surface tension Loránd Eötvös, Electronic Television and camera-tube (1926) & Plasma TV (1936) (Kálmán Tihanyi), József Mihályi seorang pencipta bersama untuk KODAK, Kubik cube oleh Erno Rubik & banyak lagi.

Vandal 

 Vandalisme /Vandalism ialah perkataan yang bererti perlakuan membinasakan harta awam. Nama itu diambil daripada nama orang-orang etnik Germanic Eropah. Puak Vandals berhijrah secara besar-besaran dari tengah Eropah sehingga ke Afrika Utara hanya dalam masa 40 tahun di ketuai oleh Geiseric. Dalam masa perjalanan perpindahan ini, mereka menjarah, merompak & memusnahkan kampung-kampung & penempatan tempatan sepanjang perjalanan immigrasi mereka seperti juga puak Goth lain. Apabila mereka akhirnya menetap di Afrika Utara yang telah pun diduduki orang-orang Berber, Empayar Rom sedang & telah pun mengalami keruntuhan kerana diserang oleh orang-orang Goth dari seluruh Eropah.

Germanic Vandals
Daripada cerita sejarah puak kekejaman puak Vandals sama sahaja seperti puak Germanic Goths lain. Ada rekod sejarah yang menulis mengenai kebudayaan orang vandal yang lebih bersifat kemanusiann. Tetapi oleh kerana Vandal adalah yang puak Germanic yang sangat memain peranan dalam keruntuhan Rom, maka nama Vandal telah menjadi satu perkataan panggilan dalam kesusteraan Eropah sebagai "pelaku musnah" atau Vandalisme.  Mungkin sekiranya kaum kamu  atau siapa-siapa saja lah yang mempunyai sejarah seperti puak Vandals di zaman lampau, mungkin kaum kamu akan menjadi satu nama bagi perbuatan "pelaku musnah" pada hari ini.


Serangan ke atas Rom barat oleh orang-orang Germanic


Peta England 2,000 tahun dahulu

Bandar London

London Bandar metropolitan terbesar di UK sudah berusia hampir 2,000 tahun. Di buka oleh penakluk Rom yg memanggil nya Londinium. Ia kemudian ditinggalkan selepas Empayar Rom runtuh memulakan zaman medieval di abad 5. Abad 6 orang Anglo Saxon membuka penempatan ditimur London lama dinamakan Lundenwic. Dengan kejayaan William Duke of Normandy di Battle of Hasting, dia ditabalkan menjadi Raja England tahun 1066, membina Tower of London-antara castle terawal orang Norman dibuat dari batu-bata, juga Westminster Hall 1097. Orang sudah lama tahu yang London telah dibuka oleh orang Rom, kemudian Anglo Saxons & lepas itu di takluk pula oleh orang Norman dari Perancis dari 2,000 hingga 1,000 tahun dahulu.

Seperti bandar metropolitan besar lain di seluruh dunia, hari ini terdapat pelbagai bangsa minority di bandar London & 300 bahasa dituturkan disana (India, Jamaica, Afrika, Pakistan, Asia barat, Amerika Latin & Asia Timur (berhijrah dari 150 tahun dulu hingga 2010). London Bandar global dengan kekuatan seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fashion, kewangan, penjagaan kesihatan, media, penyelidikan & perkembangan inovasi, pelancongan & pengangkutan. Jangan keliru ya, orang minority Afrika & Asia di London tu immigrant modern datang ke situ setelah lama Britain menjadi empayar terbesar dunia.
Music of the United Kingdom

Football - Soccer


Bola Rom purba
Foot Ball atau Soccer -- sukan paling di gemari di planet bumi. Ia sukan team sports dimana asal usul nya melibatkan kemaraan bola ke kawasan gol dalam percubaan untuk score. Foot ball boleh juga di maksudkan seperti sukan bola sepak lain di negara & kawasan tersebut -- American football, Australian football, Canadian football, Gaelic football, rugby league, rugby union & yang berkaitan. Perbezaan ini dikenali sebagai "codes". Sudah ada penyelidikan & kajian mengenai sejarah ribu-an tahun permainan ini. Bola sepak tidak di berasal dari satu tempat sahaja ia merupakan ciptaan tersendiri atau "independent invention". Greek & Rom purba, mereka bermain permainan yang melibatkan kaki harpastum di adaptasi dari Greek yang di catat oleh Antiphanes 388-311 BC. Ia seperti permainan rugby. Ahli politik Rom Cicero (106-43 BC) menulis mengenai seorang pelanggan kedai gunting yang mati akibat bola yg ditendang masuk kedalam kedai & terkena pisau cukur.

Bola mereka dipanggil follis. Di negara China rekod mngenai aktiviti bola sepak dijumpai dalam catatan Zhan Guo Ce -- abad 3-1 BC yg dipanggil cuju (erti tendang bola). Han Dynasty 206 BC-220 AD permainan itu di selaras menjadi permainan kegemaran berkembang ke Jepun & Korea & dipanggil kemari & chuk guk. Permainan tradisional kemari Jepun masih ada hingga sekarang. Orang Inuit (Eskimo) juga bermain bola purba (Aqsaqtuk) seperti dicatat oleh John Davis tahun 1586. tahun 1610 rekod di Jamestown settlement Virginia terdapat permainan bola Pahsaheman oleh orang asli Amerika. Rekod thn 1878 -- org asli Australia bermain permainan Marn Grook yg menjadi salah satu asa Australian fottball. Dalam tamadun Maya juga terdapat permainan bola tetapi ia gerakkan dengan bahagian badan (lutut, bahu, pinggang) dimana kapten pasukan yg menang akan dikorban (dibunuh) untuk tuhan mereka sebagai penghormatan.

The Fédération Internationale de Football Association
Zaman medieval -- orang bermain Shrovetide seluruh Eropah kususnya di England yang mungkin datang dari zaman penaklukan Rom sebelum itu. Terdapat dalam rekod era Norman abad 9 Historia Brittonum di main di Brittany, Normandy & Picardy dipanggil La soule / Choule. Ia sampai ke England dari penaklukan Norman. Permainan itu tidak berperaturan, di main dari pagi sampai malam, dalam jumlah pemain hampir seribu orang di jalan bandar. Ada rekod orang yg terbunuh dalam permainan itu. 1363 -- King Edward ke 3 England, mengharamkan bola sepak, bola tangan, hockey, laga ayam & permainan berkaitan. Abad 16 bandar Florence meraikan era Epiphany & Lent dengan bermain yg dikenali hari ini Calcio storico (bola tending bersejarah). Sehingga abad ke 19, foot ball dimain di sekolah awam England. Peraturan permainan bola sepak moden ditetapkan di Trinity College, Cambridge, England. Ia dikenali Cambridge rules.

Thn 1886 International Rugby Football Board (IRFB) di tubuhkan. Peraturan baru hanya membenarkan penggunaan kaki untuk menendang bola, memisahkan permainan bola klasik kepada rugby & football. 1860an --FA (football association) dimulakan dalam usaha untuk menyatukan club bola England. Di bebrapa negara ia dikenali sebagai "soccer" ringkasan perkataan dari "association -- as-soc-iation".
Di Benua Amerika permainan bola mereka berasal dari peraturan bola "lama" dari Eropah yang menyamai rugby tetapi di kemas kini peraturan nya (American Football). Memang banyak benda pasal Foot ball ni, sebuah buku pun tak muat nak tulis, Kau orang kaji selidik lah sendiri bagaimana football moden berkembang keseluruh dunia menjadi sukan paling digemari manusia planet bumi yg aman damai ini :-)


Gravenstein Castle

Nama Keluarga

Banyak orang Eropah yang nama keluarganya berakhir dengan perkataan Steen. Ya betul berjuta juga orangnya bernama sedemikian. Steen bererti (batu-bata) dalam bahasa eropah purba (stone) di gunakan juga untuk menamakan binaan fotress atau binaan castle contoh Gravensteen di Ghent, Belgium. Nama keluarga Schuemacher pula berasal dari pembuat kasut (shoe maker) Blacksmith (tukang besi) & Taylor (tukang jahit). Nama itu di ambil oleh orang Eropah purba sebagai pengenalan kepada pekerjaan nya kemudian diperturunkan kepada anak & seterusnya kepada cucu & cicit.

Nama Schoemaker (surname) di England, nama keluarga yg bertarikh abad ke 7 lagi ia diambil dari perkataan Anglo-Saxon & English lama 'schuh' & "scoh" (bukan scot). Terdapat rekod nama seperti Hugh Schomaker di Colchester, Essex, England -1365 & Andreas Schomacher di Greiswald Germany- 1377. Nama keluarga (surname) menjadi keperluan apa bila kerajaan mengenalkan cukai peribadi untuk direkod. Nama surname yang berakhir dengan 'son' seperti Jackson, Anderson, Hanson, Bronson pula bererti "anak kepada Jack, Anders atau Bron". Sehingga kini nama surname telah berkembang dan lari dari perkataan asal & susah untuk di terjemah erti nya. Berbeza di Malaysia nama keluarga seorang muslim adalah nama bapa nya.

Indo-European : Aryan



Indo-European bukan bermaksud ia datang dari India. Tetapi adalah kategori untuk satu persamaan tidak ketara bagi orang-orang & budaya purba di Eropah, selatan Russia (nama & negara Russia belum ada lagi semasa itu), sebahagian asia barat & utara India. Yang pasti perkataan father & mother itu terdapat di semua bahasa dalam kategori Indo-European. Contoh vater & mutter -- German, padre & madre -- Spanish, pere & mere- French, patera & mitera- Greek, padre & madre -- Italian, patris & matris- latin, otets & m at -- Russian, al aba ul umi -- arab, Fatar & matar -- Parsi, Pitā & mātā -- hindi & Sanskrit. Banyak lagi persamaan tidak ketara perkataan dalam category Indo-European ini juga termasuk muzik, seni & spiritual purba. 6,000 tahun dahulu orang di selatan Russia itu mula menjinakkan & menunggang kuda dari kuda liar menyebabkan pergerakan mereka bertambah pantas membolehkan mereka bergerak sehingga ke barat Eropah, barat China (china belum ada lagi masa itu), Asia barat & sehingga ke utara India.

Aryan berasal dari satu kawasan di utara antara asia & eropah sehingga selatan Russia & mereka bergerak kebarat, selatan & timur dalam masa 8,000 hingga 2,000 tahun dahulu. Mereka bertebaran ke Eropah sehingga ke Taklamakan China, utara India, Afghanistan & Parsi bercampur dengan orang tempatan. Nama negara Iran (negara bukan berbahasa German) ialah dari perkataan itu yang menunjukkan mereka adalah orang dari selatan Russia itu. Perjuangan Hitler di Nazi Germany berasas kepada bangsa ini iaitu Aryan. Oleh kerana bangsa German adalah pewaris kepada tamadun Rom purba & telah pun menduduki hampir keseluruh Eropah membentuk negara & kerajaan. Dengan anggapan bahawa bangsa Germanic penjelajah & menakluk hampir seluruh dunia, maka dia berasa bangsa keturunan Germanic ialah bangsa teragung. Denagan Idea seperti ini, Hitler telah berjaya menyatukan rakyat Germany dalam pergerakan untuk menyatukan seluruh Eropah kedalam Empayar Third Reich kepada Nazi Germany. Bagaimana pun idea menakluk dunia terhenti di halang tentera Soviet Union & Amerika. Mereka bertebaran ke Eropah sehingga ke Taklamakan China, utara India, Afghanistan & Parsi bercampur dengan orang tempatan. Negara Iran ialah dari perkataan itu.

Imigrasi Aryan

       Aryan perkataan dari english yang berasal dari perkataan sanskrit Arya bererti 'noble' atau bangsawan beradap, martabat tinggi. Nama Aryan diguna oleh kaum kulit putih yang bergerak & menakluk kaum taraf rendah mongoloid atau berkulit hitam seperti Dravidia di selatan Asia.

Seperti puak & bangsa lain di dunia pada 8,000 hingga 1,000 tahun dulu orang Aryan ini tidak datang terus dari utara tetapi telah menjalani kehidupan nomad iaitu berpindah-randah. Satu atau dua generasi keturunan (datuk hingga ke anak) mungkin telah bergerak berpindah randah sejauh 100 km untuk ke tempat lain sebelum manusia belajar untuk menunggang kuda. Apa bila binatang buruan, kayu & pokok serta padang ragut berkurangan, mereka akan berpindah pula ke tempat lain. Sebelum manusia menggunakan kuda sebagai pengangkutan mereka telah menunggang lembu & menjadikan kuda sebagai ternakan untuk daging. Apa bila didapati kuda boleh dijadikan binatang untuk bergerak, maka pergerakan nomad makin bertambah jauh & cepat sehingga mereka sampai ke timur, selatan dan barat dalam berpuluh-puluh keturunan generasi.
Di selatan India mereka menakluk orang kulit hitam yang berpindah jauh ke selatan. Walau pun mereka mengamalkan hidup dalam 'kasta' yang mengasingkan antara taraf hidup tinggi dan rendah, dalam masa 3,000 tahun bangsa kulit putih bercampur dengan kulit hitam menjadi orang India yang kita kenal pada hari ini.

Tamadun Vedic utara India

    Semasa kedatangan awal orang Aryan di utara India (Afghanistan, Pakistan dan India hari ini) sekitar 6,000 hingga 2,000 tahu dahulu mereka telah mengasaskan tamadun Vedic berdasarkan ajaran Vedas kesusteraan awal orang Hindu. Tamadun ini ialah asas kepada ugama Hindu dan dikaitkan dengan kebudayaan India pada hari ini.  Orang aryan membina kerajaan Kuru di utara India sekitar 1,000 sebelum masihi. 

Mahajanapadas

Mahajanapadas bermaksud "Kerajaan Teragung". Perkataannya dicedok dari bahasa Sanskrit Maha = maksudnya hebat atau teragung, Janapada = penempatan satu suku kaum = negara. Sekitar tahun 500 sebelum masihi 16 kerajaan beraja dan republik yang dikenali sebagai Mahajanapadas terbentang dari Indo-Gangetic sehingga menjangkau tanah rata di negara hari ini kita kenal sebagai Afghanistan hingga Bangladesh. Teks dari ugama Buddha lain-lain teks hanya ada menyebut 16 negara (Solasa Mahajanapadas) yang wujud sebelum zaman Buddha. Ugama Buddha lahir dari cabang ugama hindu dirantau ini. 
  1. Kasi
  2. Kosala
  3. Anga
  4. Magadha
  5. Vajji (or Vriji)
  6. Malla
  7. Chedi
  8. Vatsa (or Vamsa)
  9. Kuru
  10. Panchala
  11. Machcha (or Matsya)
  12. Surasena
  13. Assaka
  14. Avanti
  15. Gandhara
  16. Kamboja (bukan Cambodia di Asia tenggara)
 Disebelah Asia barat orang aryan telah menduduki kawasan itu 2200 sebelum masihi. Di Turki mereka dikenali sebagai Hittite. Mereka mengguna skrip daripada tamadun Sumeria dinasti ketiga yang juga Indo-Eropah (aryan). Melalui bukit setakat ini mencadangkan yang orang -orang dipergunungan asia barat ialah Indo-Eropah setua mungkin yang catatan sejarah boleh dikesan kembali.

Kassites di Asia barat menyembah Tuhan seperti Tuhan-Tuhan vedic Surya dan Marut.  
Hittite dan Mittani mempunyai perjanjian dengan tuhan Vedic seperti Indra-Mitra dan Nasatyas sekitar 1400 sebelum masihi. Hittite mempunyai perjanjian bergambar perlumbaan kereta kuda yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa sanskrit. orang Indo -eropah di Asia barat bertutur dalam bahasa yang berkaitan dengan Indo-Aryan bukan Indo-Iran menunjukkan budaya Vedic dirantau itu juga menunjukkan budaya Vedic Aryan ini diguna dari sekitar Anatolia hingga ke India pada 2000 sebelum masihi. 

Dipercayai orang Aryan dari Taklamakan barat China telah berpindah ke Afghanistan dan bersama orang aryan di kawasan itu menubuhkan kerajaan Bactria yang pada abad ke 6 sebelum masihi. Hari ini kawasan luas itu kita kenal sebagai Iran, Turkmenistan, Afghanistan dan Pakistan. Orang aryan Greek pimpinan Alexander The Great telah menyerang Bactria pada tahun 326 sebelum masihi ( 2,327 tahun dahulu).Tetapi ini bukanlah bererti orang dirantau itu orang Greek dan budaya mereka juga bukan 100% Greek.

Bactria abad ke 6 sebelum masihi
Daripada tulisan orang Minoan bertarikh 1500-1100 sebelum masihi membuktikan ianya satu bentuk bahasa Greek terawal. Ini memunjukkan kehadiran Greek di Greece kembali pada 2000 atau 3000 sebelum masihi. Budaya Minoan terawal mungkin bertutur dalam bahasa Greek atau Indo-Eropah. Selagi ada bukti penaklukan Aryan di Greece atau Asia barat, ia menunjukkan yang mereka telah memasuki kawasan itu seawal seribu tahun atau lebih. Tidak ada kaitan dengan antara penakluk aryan yang masuk ke India dan ke Greece. Di sebaliknya tarikh mereka masuk mungkin lebih awal sama seperti di India.

Di Greece orang aryan terpisah kepada beberapa suku seperti Phoenician, Macedonia, Minoan dan sebagainya. Manakala di asia barat mereka ialah Hittite, Mittani, Phillistine, Prhygia. Arab ialah salah satu Semite di Asia barat yang mempunyai pertalian dengan bahasa dan budaya Indo-Eropah. Orang-orang keturunan Aryan juga membina tamadun Mesopotamia dan Parsi. 

 Semasa perpindahan & kemasukkan orang Aryan ke Eropah barat sudah pun anda penduduk asal di sana seperti orang Solutrean yang juga berasal dari utara dalam 20,000 tahun sebelumnya. Perpindahan Aryan membawa bersama teknologi besi & pengangkutan. Orang Aryan di Eropah membentuk budaya tersendiri seperti Celt di barat dan tengah Eropah dan Greek di selatan Eropah. Orang Aryan di Greece membina jaringan perdagangan di laut Mediterranean dan berdagang disekitar rantau sehingga ke afrika utara dimana mereka bertemu orang berkulit putih (berber) yang lebih awal datang ke situ 20,000 tahun dahulu ketika Eropah masih diliputi hamparan ais di zaman ais.

       Bangsa German ialah satu himpunan yang terdiri dari beberapa suku yang mempunyai kaitan dan persamaan dari segi budaya dan bahasa. Mereka juga bertutur dalam bahasa Indo-Eropah atau Aryan dan berasal dari timur Eropah. Perlahan-lahan mereka bergerak ke barat Eropah dan menetap dikawasan yang hari ini kita kenal sebagai Germany dari tahun 100 hingga 500 sebelum masihi.

Daripada fakta ini kita dapat melihat sendiri bagaimana budaya Aryan tersebar bercampur dengan idea-idea baru keseluruh Asia dan Eropah.

Bahasa sanskrit yang menjadi asas kepada bahasa Melayu, bahasa Jawa dan bahasa Tagalog purba telah dibawa oleh pedagang dari kerajaan-kerajaan Hindu di utara India ini sejak kurun yang pertama lagi melalui jalan laut ke Asia tenggara dan jalan darat ke China dan Indo-China. Para penjelajah dan pedagang hindu-buddha terawal ini lah yang telah bertembung dan bercampur dengan orang tempatan di Asia tenggara dimana kemudian telah terdirinya beberapa kerajaan hindu-buddha disana sebelum kedatangan Islam di seawal abad ke 9 Masihi.               
 
Jangan tersilap pula orang Aryan yang masuk ke Eropah dan bertutur dalam bahasa yang berkaitan dengan Sanskrit  itu bukan berugama Hindu kerana ugama Hindu itu sendiri wujud dari tamadun Vedic iaitu dari budaya sanskrit. 'Berhala' perkataan aryan atau Indo-eropah yang masih diguna dalam bahasa arab yang bermaksud rumah ibadat pagan atau patung yang disembah atau kalau dalam bahasa orang Aryan Nordic Scandinavia di Utara ialah 'Valhalla' iaitu bermaksud tempat tinggal tuhan pagan mereka sebelum kedatangan Kristian ke Eropah.     


Romania

Vlad II (1393-December 1447) juga dikenali sebagai Vlad Dracul (Vlad The Dragon) seorang voivode (duke) di Wallachia Romania. Memerintah dari 1443 -- 1447. Dia sangat terkenal kerana kekejaman nya pada musuh. Dalam satu serangan oleh tentera Ottoman Turki, tentera nya berjaya mengalahkan tentera Turki. Ribu-an tawanan tentera Turki telah dibunuh, di sula & dipacak berdiri untuk di pamer kepada tentera Turki yang akan datang menyerang. 1444- King Ulazlo di Hungary mahu menyerang Turki, Vlad menolak pada akhirnya perikatan perang itu & dituduh bersubahat dengan Turki. Selepas kekalahan tentera Kristian di Varna Vlad melarikan diri. Bagaimana pun dia telah ditawan disiksa & di bunuh oleh askar Hungary. Anak nya Vlad Tepes ialah pemerintah Wallachia paling kejam sekali. adalah wira kepada orang Romania. Legenda Dracula yang di tulis Bram Stoker pada 1897 adalah berdasar dari Vlad Dracula kerana kekejaman nya. Vlad Dracul bukan vampire & dia adalah wira Romania.
Vlad castle

Vlad II (1393-December 1447) juga dikenali sebagai Vlad Dracul (Vlad The Dragon) seorang voivode (duke) di Wallachia Romania. Memerintah dari 1443 -- 1447. Dia sangat terkenal kerana kekejaman nya pada musuh. Dalam satu serangan oleh tentera Ottoman Turki, tentera nya berjaya mengalahkan tentera Turki. Ribu-an tawanan tentera Turki telah dibunuh, di sula & dipacak berdiri untuk di pamer kepada tentera Turki yang akan datang menyerang. 1444- King Ulazlo di Hungary mahu menyerang Turki, Vlad menolak pada akhirnya perikatan perang itu & dituduh bersubahat dengan Turki. Selepas kekalahan tentera Kristian di Varna Vlad melarikan diri. Bagaimana pun dia telah ditawan disiksa & di bunuh oleh askar Hungary. Anak nya Vlad Tepes ialah pemerintah Wallachia paling kejam sekali. adalah wira kepada orang Romania. Legenda Dracula yang di tulis Bram Stoker pada 1897 adalah berdasar dari Vlad Dracula kerana kekejaman nya. Vlad Dracul bukan vampire & dia


Elena Alexandra Apostoleanu (born 16 October 1986 in Mangalia, Romania), best known as Inna, is a Romanian dance singer. In November 12, 2008, she released her debut single "Hot", which was produced by Play & Win, a Romanian dance music trio and one of the leading music producers in Romania. The single performed strong on the Romanian Top 100 as it peaked at number five in December 2008. It also became an airplay success worldwide.
A second single, entitled "Love", was released on March 12, 2009 and peaked at number four on the Romanian Hot 100 in April 2009, surpassing the achievements of "Hot". The song "Deja Vu" became yet another top ten hit on the Romanian Top 100, peaking at number seven in July 2009. It also was a major hit in Moldova, Bulgaria, Russia and Hungary.


Sweden
Sweden
Sweden berkongsi tradisi muzik "Nordic folk dance music" dengan negara jiran nya Finland, Norway & Denmark termasuk polka polka, schottische, waltz, polska & mazurka. Accordion, clarinet, fiddle & nyckelharpa antara alat muzik biasa dalam Swedish folk -- genre muzik terbesar di sana. Juga terdapat pengaruh muzik moden & pop di Sweden. Pop Band seperti ABBA, Roxette, Army of Lovers, Ace of Base, Alcazar, A*Teens, E-Type, The Cardigans & penyanyi Meja, Carola Häggkvist, & Robyn terkenal di peringkat antarabangsa & juga The Sounds, The Hives, José González, The Knife, Refused, Millencolin, The (International) Noise Conspiracy, Sahara Hotnights, The Hellacopters, Backyard Babies, Broder Daniel, Mando Diao, The Soundtrack of Our Lives, The Ark, Kent, September & Jens Lekman & Dota.

Sweden merupakan peng-eksport muzik ketiga terbesar di dunia selepas USA & UK. Kumpulan ABBA ialah kejayaan besar Sweden. Orang Denmark & Norway lebih suka mendengar lagu bahasa Sweden. The fiddle alat muzik asli menyerupai violin dalam tradisi muzik folk Sweden. Ia datang ke sana pada abad 17 & jadi meluas ke abad 19 sehingga golongan fundamentalist agama Sweden menyifatkan ia sebagai tidak baik. Muzik Jazz Amerika juga mendapat tempat di Sweden. Tahun 1960an pemuzik seperti Jan Johnson bermain muzik jazz dengan sedikit pengaruh folk dalam muziknya. Awal 1970an beberapa festival.jazz bermula & Swedish Music Movement menjadi popular terhadap muzik jazz & rock berasas folk. Terdapat juga pemuzik progressive & jazz rock di sana seperti Anekdoten , Björn J:son Lindh, Janne Schaffer, Kaipa, Landberk, SamlaMammas Manna, The Flower Kings, Änglagård & Nationalteatern. Banyak lagi lah band di sana jenis muziknya pun banyak.


 Lihat contoh Video dari The Cardigan - Lovefool- muzik Pop-Jazz-Folk-Rock-Dance dari Sweden tahun 1996





Gypsy
pergerakan perpindahan kau minority Gypsy
Gypsy bermaksud Egyptian atau orang Egypt. Ada cerita yang menyebut mereka berhijrah kebarat dari Asia barat setelah memberi perlindungan kepada nabi Isa semasa kecil.  Bahasa & gene DNA membuktikan bahawa orang Romani berasal dari  Indian subcontinent, berhijarah dari India ke barat laut seawal 11th century. Romani umumnya dipercayai berasal dari tengah India di negeri  Rajasthan, berpindah ke barat laut india (Punjab region) sekitar 250 BC. Di sana mereka ber-interaksi dengan kumpulan Rajputs & Jats. Gelombang pergerakan mereka ke barat , di percayai berlaku pada 500 ad  & 1000 ad .  Romani juga mempunyai pertalian dengan Dom people di Western Asia & North Africa juga Banjara di India.

Contoh pakaian perempuan Gypsy
Emigrasi dari India bermula semasa penaklukan Mahmud of Ghazni semasa askar berundur dalam kekalahan,  mereka bergerak ke barat melalui Byzantine Empire.  Puisi abad ke 11 terminus post quem ialah akibat dari pengenalan bahasa  Modern Indo-Aryan, termasuk penghijrahan sebelumnya dari era Middle Indic. Dari Byzantine mereka bertapak di Romani satu daerah di Romania tetapi ada juga yang bertebaran keseluruh Eropah. Bagaimana pun etnik Gypsy bukan lah yang menjadikan keseluruhan penduduk Eropah.
Perkataan Gypsy juga boleh diguna untuk kaum etnik yang berpindah-randah.  




Gema Muzik Dari Runtuhan Bangunan Purba
Parthenon
Sebuah Castle tidak mungkin mengeluarkan bunyi, tetapi kalau anda pergi melawat bangunan purba Parthenon di Greece kamu mungkin berkesempatan mendengar desiran angin yang bertiup didalam bangunan purba itu yang seperti bunyi bersiul. Pergi lah sendiri tengok di Greece. Kalau tidak kamu akan percaya Castle itu berbunyi muzik selama-lamanya. Di dalam Al Kitab ugama terdapat cerita mengenai dinding yang roboh oleh tiupan horn trumpet seperti babad (Wall Of Jericho). Cuba kamu tengok gambar Parthenon di google, nanti kau orang ingat benda tu manusia pula.

When You Are In Rom

Ada pepatah orang Rom seperti - "When you're in Rom, you have to act like a Roman" maksudnya sama seperti "kalau masuk ke kandang kambing, kita mengembek. Kalau masuk kandang kerbau, kita menguak" Ertinya kalau masuk ke rumah orang kita mestilah menjaga adat tertib tidak menghina tuan rumah & juga maksudnya kalau kita pergi ke tempat orang kita mestilah bersopan & mengikut adat resam orang di tempat kita pergi itu. Bagaimana kalau orang di tempat itu tidak bersopan santun, adakah kita mesti mengikut cara mereka juga.





English

Bahasa English merupakan bahasa yang paling banyak mempengaruhi perkembangan muzik moden. Walaupun bahasa Mandarin paling banyak ditutur manusia, English adalah bahasa yang paling popular ditutur seluruh dunia sebagai perhubungan juga bidang teknologi. Bahasa English asalnya adalah fusion dari beberapa bahasa German, Latin, Scandinavia & Celt purba. Bahasa-bahasa purba eropah bercampur menjadi bahasa English. England ertinya Land Of The Angle atau tanah orang Angles,orang-orang Angles & Saxon datang dari Utara German (daerah Angeln) abad ke 5 menakluk orang tempatan Celt di Britain.





1- Anglo-Saxon King 7th century
2- Mercian soldier 7th century
3- Saxon soldier 7th century
4- Squire (budak pembantu)









Tentera Norman mendarat di England
Lagenda King Arthur adalah dari cerita orang Celt yang melawan penaklukan orang Anglo Saxon. Penaklukan orang Viking menambah sedikit perbendaharaan kata bahasa Anglo & Saxon.(lagenda Beuwolf). Kemudian Orang Norman dari Perancis menakluk England pada tahun 1066, perlahan-lahan bahasa Latin Perancis mempengaruhi bahasa English Classic anglo-saxon (German) menjadi bahasa English pertengahan. Kalau kita dengar bahasa English Classic, ia kedengaran seperti bahasa German. Bahasa campuran English & Perancis itu pada mulanya hanya dituturkan oleh kerabat raja, selama hampir 300 tahun bahasa orang Norman (France Latin) secara perlahan meresap kedalam bahasa tempatan dan dipanggil middle English atau Inggeris pertengahan.. Orang Celt di Wales, Scotland & Ireland masih bertutur bahasa Celt yg berlainan pada masa itu (800 tahun dahulu).

Kapal layar English abad ke 16
Abad ke 15 & 16 Sepanyol & Portugal menjadi kuasa besar dunia kerana menjumpai tanah baru di Amerika, dimana nama itu sendiri adalah sempena nama seorang pelukis peta dari Italy-Amerigo Vespucci. England hanya satu negara kuasa kecil, yang mengikut jejak-jejak pelayar Sepanyol, Dalam mencari sumber ekonomi baru mereka belayar seluruh dunia seperti pelayar English-Francis Drake yg diberi kebenaran Queen Elizabeth merompak kapal-kapal Sepanyol.






Tentera English dengan pakaian tentera Eropah abad ke 16

British Red Coat 18th century
Tentera laut England berjaya mengusir Armada Laut besar Sepanyol yang mahu menakluk England pada 1588. Ini lah masa nya permulaan kepada meningkatnya kuasa maritime (ketenteraan laut) England. Orang English kemudian membuka tanah baru di Amerika Utara yg akhirnya memberontak menjadi Negara USA pada 1776. Kuasa English juga menjajah tanah baru di Afrika, India, Australia, Canada, New Zealand & Asia Tenggara pada abad 16,17 & 18. Pada abad ke 18 & 19 banyak tanah jajahan Sepanyol di Amerika Selatan memberontak & merdeka dari pemerintahan Sepanyol. Ini mengurangkan kuasa ketenteraan Sepanyol yg akhirnya digantikan oleh England. Dimana-mana sahaja tentera ber kot merah (Red Coat) british berperang untuk Kerajaan United Kingdom (Britiain)

Majlis menandatangan perlembagaan US 1787
Amerika Syarikat (USA) yang berasal dari jajahan orang English menjadi tempat untuk Immigrant dari seluruh Eropah membuka tanah-tanah baru. Revolusi industri yg melanda Eropah menular ke USA, melahirkan banyak inovasi & ciptaan baru dari benua itu. Dan dari penjelajahan orang English lah bahasa itu menjadi terkenal seluruh dunia. Amerika & Eropah (british) mula memegang pasaran rakaman muzik dunia. Selepas kekalahan Hitler, Mussolini & Jepun pada 1945, Orang Amerika yang berbahasa English itu mula menjadi kuasa baru dunia dari segi ketenteraan, politik, ekonomi, akademik & muzik sehingga hari ini.

Germany


Ludwig Van Beethoven
Muzik classical dari German ialah yang paling banyak sekali dimainkan, pengarang lagu classical German paling banyak popular dalam sejarah antaranya ialah Johann Sebastian Bach, Ludwig Van Beethoven, Franz Schubert, Johannes Brahms & Richard Wagner. Wolfgang Amadeus Mozart lahir di Salzburg (sekarang Austria) ialah diantara composer opera yang memulakan bidang German Opera. Permulaan kepada muzik German boleh dikesan kembali pada abad ke 12 dalam komposisi oleh Hidegard Of Bingen yang menullis pelbagai syair/melody. Umum nya Music classical German lah yang paling popular & menjadi inspirasi kepada orang Eropah sepanjang kurun seterusnya hingga abad ke 20. Dari zaman baroque ke Era Romantic Classical hinggalah keabad 20. Festival muzik Classical diadakan setiap tahun di Schleswig-Holstein Musik Festival.

Selain dari muzik Classical, German juga mempunyai beberapa wilayah & muzik rakyat (folk) berbeza warisan dari muzik purba orang Goth yang berkembang sepanjang zaman medieval hingga zaman moden antaranya ialah Oom-pah, Bavaria Folk, Shclager, Swabia & Danish-German. Antara perang dunia pertama & kedua muzik german mula bercambah kepada beberapa aliran. Muzik pop german pertama Cabaret muncul 1920an. Pada perang dunia ke 2, swing movement mendapat tentangan dari parti Nazi kerana muzik itu berasal dari Amerika yang menganggap orang Afrika Amerika tahap paling bawah, muzik Jazz dianggap muzik "negro". Selepas perang muzik pop Amerika mendapat tempat kembali walaupun German terpecah timur & barat. Scorpion kumpulan rock German terkenal diperingkat antarabangsa dengan rakaman lagu bahasa English. Juga terdapat pergerakan muzik punk (Neue Deutsche Welle), Metal & Techno di German.
Penyanyi popular di Germany
Scorpion tahun 1978













Castle - Castillo

Neuchwanstein castle di Germany
Di Eropah ada banyak Castle yg bermula sekitar 900 AD ke 1000 AD yang memainkan peranan penting sebagai system pertahanan ketenteraan. Semasa zaman medieval Eropah, adalah benua yang berpecah-belah terdiri dari banyak negera kerajaan feudal dimana konflik & perang diantara negara jiran sentiasa berlaku. Castle atau Castel atau castillo pertama kali dibina untuk pertahanan daripada angkatan musuh negara-negara eropah yg dilanda peperangan & penting untuk menolong mempertahankan daerah, kampung & ketua daerah (lord) seperti di England, Perancis, negara-negara Germanic, Sepanyol, Italy & seluruh Eropah. Hingga abad 1500, Castle semakin kurang penting di Eropah kerana meriam telah dicipta membolehkan ia senang ditawan atau dimusnahkan. Hari ini pemandangan runtuhan castle di pergunungan dan kaki bukit adalah pemandangan hebat & menarik yang mengingatkan akan sejarah kehidupan para bangsawan sebelum terjumpanya benua amerika.

Alhambra Castle Andalucia, Spain
Baik pulih kepada castle purba ini juga menunjukkan betapa orang Eropah sangat menyanjungi sejarah lampau mereka. Berikut adalah nama castle di Eropah- Bojnice castle -Slovakia, Pernstejn castle -Moravia, Kyrenia castle-north Cyprus , Fort La Latte-France, Karlstejn castle-Czech, Malbork castle-Poland, Castle De Haar-Holland, Bran Castle-Castle Dracula di Romania, Loarre castle di Aragon Spain, Alhambra castle di Spain, Kronborg castle-Denmark, Schornbrunn Palace di Vienna,Austria, Neuschwanstein castle di German & banyak lagilah hingga tak terkira.


Leonardo Da Vinci
Leonardo Da Vinci






Leonardo di ser Piero da Vinci orang Italy lahir (April 15 1452-May 2 1519 adalah seorang pelukis, pengukir, arkitek, pemuzik, saintis, ahli matematik, jurutera, pereka, anatomis, ahli geologi, pelukis peta, pengkaji tumbuh-tumbuhan, & penulis. Laeonardo Da Vinci selalu ditafsirkan sebagai contoh (Renaissance Man) kepada orang selepasnya. Seorang tidak puas untuk mengetahui sesuatu & imaginasi untuk mencipta rekaan. Lukisan terkenal di lukis Leonardo Da Vinci ialah Mona Lisa yang kini di pamer Muzium Louvre Paris. Leonardo dipuja kerana menghasilkan lakar-an imaginasi teknologi di atas kertas rekaan seperti helicopter, kereta kebal, tenaga matahari, calculator, plate tectonic & banyak lagi.

 Dia menjumpai banyak penemuan dalam anatomy, kejuruteraan awam, optics (gelas kanta) & hydrodynamic. Bagaiman pun rekaan penerbangan & mesin perang nya tidak di bina kerana kekurangan teknologi pada masa itu. Selepas hampir 500 tahun baharulah manusia dapat membina mesin terbang, kereta kebal seperti yang di bayangkan oleh Leonardo di atas lakar-an kertas nya. Kegagalan nya untuk menerbitkan penemuannya bererti dia tidak mempengaruhi pembelajaran sains di masa depan.

Lakaran penerbangan oleh Leonardo

Michelangelo Di Lodovico





Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni orang Italy (6 March 1475 -- 18 February 1564), seorang pelukis, tukang ukir, arkitek, penyajak & jurutera. Dia sangat terkenal di Italy kerana lukisan & hasil ukir-an patung dari tukul & pahat beliau. Google je, nanti boleh tahu apa yang dia dah ukir & lukis.




Eropah - 2,000 tahun hingga 1,500 tahun dahulu
Empayar Rom 1,900 tahun dahulu

Rom yang berpecah menjadi negara bandar yang kecil pada era pertengahan

Peta Renaissance Eropah
Renaissance ertinya kelahiran semula atau mengambil semula daripada akar. Zaman Renaissance yang menggantikan zaman medieval pula bermaksud kembalinya seni, arkitektur & pembelajaran orang Eropah zaman kegemilangan Rom & Greek purba yang berusia ribuan tahun dahulu kembali semula di Italy pada abad ke 14 kemudian tersebar ke seluruh Eropah. Selepas kejatuhan Rom pada abad ke 4 kerana di serang orang Goth , Eropah dilanda zaman kelam, medieval atau zaman pertengahan. Perkembangan seni & arkitektur (teknologi) terbantut. Banyak kerajaan kecil muncul di bekas empayar Rom & seluruh Eropah. Pada masa ini belum ada semangat nasionalisme & kenegaraan di kalangan mereka. Hanya kesetiaan kepada panglima perang seperti Count, Marquis, Baron, Duke & Raja (feudalism).

Suasana bandar era pertengahan
Eropah di landa banyak perang. Contohnya di England sahaja terdapat 6 -- 8 kerajaan kecil. Tetapi berbeza di tanah taklukan Arab. Ilmu pengetahuan & teknologi berkembang meluas. Banyak saintis Islam mengkaji ilmu Rom & Greek purba & menterjemah ke dalam bahasa Arab. Algebra adalah satu contoh jumpaan saintis Islam yang di gunakan orang Eropah. Di selatan Sepanyol, Portugal & Sicily menjadi taklukan Arab dari Afrika Utara. Selama hampir 900 tahun orang Islam memerintah di sana mereka mendirikan kerajaan, universiti & hospital. Bandar-bandar dibina teratur tidak seperti bandar lain di seluruh Eropah. Banyak orang Eropah dari England, Perancis German belajar ilmu sains & matematik Islam juga ilmu-ilmu Rom & Greek purba yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh sarjana islam









 Pakaian Besi dipakai bangsawan (Noble Knight) semasa Era zaman kelam, middle ages, pertengahan atau medieval.









St.Peter's Dome rekaan arkitek Michealangelo
Perkara ini memulakan zaman renaissance iaitu kesedaran kepada orang orang Eropah untuk belajar kembali ilmu seni & arkitektur Rom purba. Muzik renaissance di pengaruhi oleh Rom & Greek purba digabungkan dengan budaya tempatan Goth, Celt, Slavic & di tambah sedikit perasa dari tanah Arab.














Lihat video muzik dari era renaissance Eropah




Celt
peta kebudayaan Celt di Eropah

 Celt ialah penduduk asal Eropah. Mereka sudah ada di sana sejak 6,000 tahun yang lampau. Celt ialah kebudayaan yang dikongsi puak-puak Etnik Eropah. Belum ada negara Eropah & bangsa Eropah seperti yang kita tahu pada hari ini pada 6,000 tahun dahulu. Tidak ada nama yang khusus bagi kebudayaan yang dikongsi seluruh Eropah ini. Tamadun Greek ada menamakan mereka Keltoi - puak yang terpinggir & tidak bertamadun. Semasa peluasan tamadun empayar Rom, mereka mahu meluaskan wilayah taklukan ini & seringkali berperang dengan orang gasar (barbarian) yang tidak bertamadun ini. Mereka memanggil puak-puak itu dengan nama asal keltoi sebagai Gael  / Gaul di tengah Eropah & Celtica di Iberia. Nama itu bermaksud barbarian, ganas, & tidak bertamadun. Pada abad pertama sebelum masihi, puak-puak bangsa Germanic dari timur Eropah berpindah besar-besaran kebarat Eropah menawan kawasan puak-puak berbeza dari kebudayaan Celt & menyebabkan mereka tertumpu di wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Ireland, Wales, Scotland, Brittany & Galicia di barat Eropah juga di beberapa daerah kecil negara-negara Eropah seperti wilayah Galicia di Timur EropahGalicia di Ukraine. Galicia ialah saki-baki orang & kebudayaan Celt atau Gael di barat laut Spain. Kebudayaan & Bahasa mereka yang sudah bercampur aduk dengan bahasa Rom, Goth & arab mempunyai pertalian dengan bahasa & kebudayaan Portuguese di Portugal. Bahasa asli Celt boleh kita dengar di Ireland & Scotland. Di Brittany France, bahasa mereka ialah dialek Bretagne / Breton. Celt Breton asalnya dari kepulauan British & nama Breton, Brittany atau Bretagne ialah dari perkataan asal Britain atau Britannia (dalam peta Rom ditulis Pretania). Masih ada sedikit kebudayaan Celt di beberapa tempat di Eropah tetapi bahasa & kebudayaan lain telah banyak meresap kedalam budaya tempatan.  



Celts bukan Catholic 

Budaya orang Celts sudah lama wujud beribu-ribu tahun sebelum kelahiran nabi Isa & ugama Roman Catholic.  Walaupun ramai orang di daerah Castella Sepanyol berugama Roman Catholic, perkataan Castella itu tidak ada kaitan langsung dengan Catholic. Nama Castella adalah sempena wilayah yang mempunyai banyak binaan kubu atau castle. Manakala Catholic pula bererti "umum" atau "keseluruhan" (in general atau universal). Perkataan Catholic bererti kepelbagaian benda, semua penerimaan, ke-iman-an Roman Cathollic yang berkaitan dengan doktrin (falsafah) dan amalan Gereja barat.
Perkataan itu pertama sekali diguna menggambarkan Gereja Kristian pada awal abad ke 2 untuk menerangkan makna konsep keseluruhan sudut seperti theology, falsafah dan keugamaan. Universal atau keseluruhan & penerimaan Judaism ke dalam Kristian terhadap ugama & nabi sebelum Isa atau Jesus. Seperti juga ugama Islam yang mengamalkan "universal" dari segi theology, falsafah dan keugamaan juga penerimaan kisah-kisah nabi & wahyu sejak dari nabi dan rasul terawal yang terdapat dalam kepercayaan Yahudi & Kristian seperti nabi Ibrahim, Sulaiman, Yunus, Daud & banyak lagi.  (Abraham, Solomon, Jonah, David & many more). 
 

Goth

Bangsa Germanic Goth berpindah ke tengah Eropah pada abad pertama sebelum masihi. Pemerintahan empayar Rom pada abad itu juga telah mengenakan bahasa & kebudayaan Rom kepada penduduk tempatan di seluruh tanah taklukan Rom. Orang Germanic yang berada dalam wilayah tadbir Rom perlahan-lahan mengguna bahasa Latin dari Rom. Oleh kerana lidah orang German yang pelat semasa bercakap menyebut perkataan dalam bahasa Latin maka terbitlah bahasa France / Perancis. Orang-Orang Frankish Germanic yang berbahasa Latin pelat German itu  mendirikan kerajaan-kerajaan di wilayah itu Apa bila empayar Rom runtuh yang memulakan zaman era pertengahan / medieval.

Bahasa Latin empayar Rom purba asalnya daripada dialek daerah Lazio, Daerah terletaknya Rom. Bahasa Latin itu sendiri ialah bahasa yang tumbuh dari tamadun Greek purba yang tergolong dalam kelompok Indo-European /Aryan.    

Empayar Rom


Empayar Rom semasa kegemilangannya 2,000 tahun dahulu
Lakonan semula satu upacara di zaman Rome


Negara-negara Eropah 2010
Nama Italy (Italia) ialah nama purba untuk Negara & openduduk di selatan Italy. Mitos ada menyebut mengenai Raja di zaman purba bernama “Italus”, asal yang paling tepat mungkin dari Oscan  purba -VÍTELIÚ, bererti “tanah lembu-lembu peliharaan muda”, kerana Italy adalah tanah yang kaya dengan ternakan lembu pada zaman purba. Nama Italia dikenalkan kepada Republic Rom oleh puak-puak Italic dari wilayah Abruzzo, ditengah kawasan Corfinium (Corfinio). Pallotino mendakwa nama itu berasal dari Itali yang menetap di Calabria. Orang-orang Greek beransur-ansur mengguna nama itu untuk wilayah yang lebih luas, tetapi ia tidak digunakan sehingga penaklukan Rom yang meluaskan penggunaan nama itu keseluruh semenanjung RomDuit-duit syiling purba yang tercetak nama Italia dikeluarkan oleh puak-puak Italic bersekutu (Sabines, Samnites, Umbrians & lain-lain) yang bersaing dengan  Rome pada 1st century BC.  Semasa era pemerintahan  Emperor Augustus, puak-puak yang pelbagai banyaknya di wilayah Italy telah dimasukkan kedalam perikatan Roman Italy (Italia) sebagai unit pertahanan tengah Empire; Cisalpine Gaul, di lembah atas Po, contohnya, telah di kerah pada  42 BC.

Selepas keruntuhan  Western Roman Empire yang memulakan zaman medieval / pertengahan & penaklukan puak-puak Lombard, "Italy" atau "Italian" beransur-ansur menjadi nama untuk koleksi negeri-negeri yang berpecah muncul di semenanjung bekas empayar Rom & orang/benda yang berkaitan di luar negeri. Semasa Zaman pertengahan semenanjung Italy terbahagi kepada beberapa negeri berpemerintahn sendiri selama 1,451 tahun hinggalah negeri-negeri (nation-state) ini disatukan oleh Giuseppe Garibaldi semasa Risorgimento on March 17, 1861 yang menggunakan nama  sebagai nama rasmi Negara itu.


Runtuhan tinggalan empayar Rom


Bandar Rome moden

Sheriff



"Sheriff" adalah satu perkataan gabungan dua perkataan English lama - shire & reeve. (bailiff & constable).
Shire reeve bertugas memungut cukai & selaku ketua penguatkuasa pada zaman pemerintahan feudal pertengahan.
Apabila orang English berhijrah ke Amerika mereka membawa gelaran shire reeve yang di ringkaskan kepada sheriff. bererti ketua polis atau penguat kuasa daerah.


Shire Reeve di zaman pemerintahan raja Anglo-Saxon







Lagu London Bridge

Jambatan London abad ke 17
Lagu "London Bridge Is Falling Down" -- lagu permainan & sajak paling terkenal di cetak dalam buku terawal Tommy Thumb's Pretty Song Book tahun 1744. yang mungkin berasal dari sajak mengenai kemusnahan jambatan London pada 1009

Tower Bridge London
http://en.wikipedia.org/wiki/London_Bridge


Teori Penemuan Amerika Sebelum Columbus



Patung Leif Ericson
Sebelum Christopher Columbus menemui Amerika sudah terdapat cerita rakyat mengenai orang Viking bagaimana Life Ericson pahlawan Viking menemui Amerika Utara dan di namakan vinland 500 tahun sebelum Columbus. Juga terdapat cerita orang asli Maya & Aztec mengenai bangsa kulit putih yang mereka anggap tuhan ratusan tahun sebelum orang Sepanyol datang. Alexander The Great & angkatannya pernah datang sehinngga ke India. Marco Polo pernah mengembara sehingga ke China melalui jalan sutera & laut sehinnga ke asia tenggara 200 tahun sebelum orang eropah. Dan mungkin ada penjelajahan yang idak tercatat berlaku di timur jauh oleh orang eropah.

Spanish Gold dari benua & pribumi Amerika Selatan
Apa yang membezakan penemuan Columbus & penjelajah lain ialah penerokaannya adalah sesuatu yang telah dirancangkan oleh Sepanyol & Portugal untuk mencari jalan ke benua India & asia timur melalui laut atlantik & selatan afrika daripada monopoli Venice & Turki di Mediterranean & Asia barat. Penemuan Emas & tanah baru di benua Amerika menyebabkan orang Eropah berebut rebut datang untuk menjajah dan akhirnya kepesatan pembangunan manusia kepada dunia moden dalam hanya 500 tahun.

Perjalanan pengembaraan Marco Polo



Rempah Mempengaruhi Sejarah Dunia 



Perdagangan rempah Venice di Eropah
Selain daripada perasa untuk masakan, tahukah kamu apa lagi kegunaan rempah di Eropah sehingga harganya menjadi sangat tinggi melebihi harga emas. Jawapannya ada dalam buku sejarah di sekolah kamu. Pada abad ke 15 iaitu lebih kurang 500 tahun dahulu, Empayar Ottoman Turki memonopoli perdagangan di Asia barat & Mediterranean. Segala rempah & barang dari Asia timur & Asia tenggara dibawa pedagang melalui laluan sutera. Empayar Ottoman akan mengenakan cukai yang tinggi bagi untuk barangan dari Asia Timur ini. Dari Turki pedagang-pedagang Venice me-monopoly pasaran itu ke seluruh Eropah dengan cukai yang tinggi, sehingga harga nya lebih tinggi dari Emas. Bagaimanakah kehidupan kita kalau sekiranya Empayar Ottoman Turki TIDAK memonopoli perdagangan rempah di asia barat & mediterranean? Pada pendapat saya kita akan masih tinggal di dalam hutan, tidak bertamadun atau kita akan tinggal di dalam sebuah pemerintahan empayar nusantara di mana taraf hidup masih seperti zaman pertengahan di Eropah. Atau tamadun kita akan mengikut contoh kehidupan Arab, India & China di samping budaya tempatan. Revolusi Industri di Eropah tidak akan terjadi kerana Columbus tidak menemui Amerika, Kerajaan Sepanyol & Portugal tidak menjadi sebuah empayar kerana faktor utama mereka belayar adalah mencari jalan dari monopoli empayar Turki & Venice.
Industry Revolution 1784 -1900
Sekiranya Benua Amerika tidak di temui maka tidak adalah golongan radikal yg berhijrah ke sana untuk mengembangkan ekonomi Eropah. Ekonomi Eropah yang tidak berkembang menyebabkan Eropah masih di tahap zaman renaissance. kalau revolusi industri tidak terjadi maka perhambaan masih berleluasa, mesin & jentera pengeluaran (kilang) tidak akan dicipta, universiti untuk graduan sains tidak banyak di bina, kalau enjin stim tidak dicipta, maka kereta tidak akan di cipta, beberapa versi Napoleon & Hitler diktator yg lebih dahsyat mungkin akan di lahirkan. Eropah mungkin masih berpemerintahan feudal. Empayar Christian Venice & Turki menjadi dua "super power". Empayar Islam Turki menjajah dunia sebelah timur & Afrika, manakala Venice menguasai ekonomi eropah.



Gothic
wilayah Goth di Eropah pada era Medieval (zaman pertengahan)
Pahlawan Goths
Goths ialah bangsa Germanic purba yang berkaitan rapat dengan budaya Celt. Di timur Eropah mereka dipanggil Ostrogoths di barat Eropah pula dipanggil Visigoths. Selepas kejatuhan Empayar Rom (di panggil medieval\middle ages\zaman kelam\zaman pertengahan) mereka mendirikan kerajaan kerajaan seperti Aragon & Castilles di Sepanyol, Kerajaan Holy Roman Empire di Austria & Germany, kerajaan VarangianFrank di Perancis, Burgundian di Holland (Belanda) dan banyak lagi. Seni bangunan dan budaya orang Goth di panggil Gothic (ertinya sesuatu yang berkaitan dengan Goth). Hari ini Gothic lebih merujuk pada seni & arkitektur Goth di zaman Victoria Eropah kurun 19. Muzik & fashion pakaian hitam Gothic modern bukanlah berasal dari zaman Goth purba, tetapi di-adaptasi (dicedok/diambil) dari novel seram & fiction fashion pakaian serta seni di zaman Victorian abad ke 19.  






Architecture bangunan Goth terawal













Gothic Arcitecture pada zaman medieval tahun 1100 hingga 1450 di Eropah.















Feshen (fashion) pakaian di zaman Victoria abad yang ke 19 (1800-1900)











Muzik Rakyat Eropah Asal Kepada Muzik Classical Orchestra 

Muzik classical orchestra eropah seperti bach, mozart beethoven asal usulnya adalah daripada muzik purba ribuan tahun org Celt & germanic. pada masa zaman medievel muzik purba ini menjadi budaya setempat, di beri nafas baru pada zaman Renaissance (zaman kebangkitan ilmuan & seni Rom purba). Kemudian menjadi inspirasi kepada komposer zaman Baroque & Classical dari 1790-1900. walau bagaimanapun muzik orang Celt asli masih boleh didengari sebagai muzik rakyat orang eropah di Ireland, Scotland, Wales, Brittany Galicia & beberapa tempat lagi.


Brazil


Music negara Brazil terdapat dalam pelbagai jenis music styles dipengaruhi oleh African, European & Amerindian. Selepas sejarah 500 tahun, music brazil berkembang kepada beberapa style yang unik seperti choro, sertanejo, brega, frevo, samba, maracatu, bossa nova, MPB, Brazilian rock, axé & lain-lain. Samba ialah musik dari Brazil yang paling terkenal di seluruh dunia, bagaimanapun bossa nova & genre lain juga menerima perhatian dari luar negara. Di Brazil juga terdapat komuniti yang sedang menigkat naik dalam modern/experimental komposisi termasuk electroacoustic music.
Rio De Janeiro, Brazil

Music of Brazil

http://www.allbrazilianmusic.com/




Orang Asli Di Hutan Amazon Brazil



Kalau kamu nak tahu bagaimana kalau sekiranya kebudayaan puak-puak asli yang tidak pernah bertembung & terusik kebudayaan mereka dengan dunia luar kita boleh mengambil contoh seperti puak orang asli di Brazil & puak Yarawa di pulau Andaman. Mereka masih mengamalkan budaya & bahasa mereka yang tidak pernah sama sekali bercampur aduk dengan budaya & bahasa dari luar selama beribu-ribu tahun. Tidak seperti orang asli & pribumi di Malaysia, dalam hutan tropika tebal Brazil masih ada puak orang asli yang masih hidup terpencil atau tidak pernah sama sekali bertembung dengan orang luar. 
Sehingga baru-baru ini saja, baru lah orang luar dapat menghubungi puak-puak yang hidup terpencil ini.


Africa





Cuba kamu lihat Peta benua Afrika, di kawasan tengah (hampir 50% benua Afrika) ialah tempat asal orang keturunan Afrika di Amerika Utara & Amerika Selatan. Terdapat beratus kebudayaan & bahasa / loghat di tengah benua Afrika itu.






Pembelian New York Oleh Belanda

Tahu kah kamu tanah orang asli Amerika Lenape telah dijual pada harga $24 dollar sahaja (60 guilder Belanda) pada 1629 & di namakan New Amsterdam. (Negara Belanda pada masa itu pun mengikut jejak sepanyol belayar ke seluruh dunia & mula menjajah asia tenggara). Beberapa orang asli Amerika lain kemudian juga menuntut pembayaran dari Belanda pada harga tinggi sedikit. Tanah yang dibeli itu kemudian menjadi jajahan orang English yang akhirnya termasuk antara 13 negeri merdeka bersekutu yg menjadi United States Of America -- iaitu New York. (cari google type 'lenape' & Dutch New York: New Netherlands) jangan keliru comment ini-orang asli Amerika bukan orang asia tenggara.


Seorang Amerika keturunan pribumi Lenape di USA



New York City tahun 2000
Dialek English-Amerika

Tahukah anda, ada terdapat banyak dialect English di Amerika Utara. Yang paling ketara sekali ialah North American (yanqui/yankee) & Southern (bukan latin amerika selatan) dialect. Dialek northern asalnya dari dialect peneroka English, Scotland & Ireland yang pertama dating ke Amerika dicampur sedikit & dialect dari Negara Scandinavia &German. Walaupun terdapat gabungan dialek luar, dialek northern tidak banyak berubah dari English British kecuali cara sebutan & slang. Southern American English leluhurnya dari English, Ireland & Scotland peneroka pertama kecuali dibahagian selatan banyak pengaruh dari immigrant Perancis di tanah jajahan France-Loisiana & sedikit sahaja pengaruh German yang kemudian dibeli USA dari France pada 1803 pada harga $11,250,000 dollar.($219 million dollar nilai wang itu pada hari ini) Peta menunjukkan wilayah jajahan Perancis yang di beli US ^


< Peta negeri-negeri Confederate States of America yang berpisah dari United States of America semasa perang saudara (Civil War) 1861-1865.
Pernah kah anda mendengar loghat Cowboy (koboi) Amerika? Itulah yang dipanggil loghat southern. Di New Orlean, Loisiana masih ada keturunan immigrant Perancis yg bertutur loghat France-Cajun. Selain dari bahasa, immigrant dari Eropah juga membawa bersama kebudayaan & muzik yang membentuk jenis muzik baru bercampur muzik dari kebudayaan purba negara-negara Afrka oleh hamba abdi yang dibawa berkerja diladang orang Eropah. Dari nyanyian muzik orang Afrika yang bekerja diladang inilah leluhurnya muzik Blues, Jazz, black gospel, rap, & R&B. Muzik folk (lagu rakyat) Eropah menjadi bluegrass, country & western, dan juga American folk. Masih terdapat orang keturunan Afrika di South Carolina yang bertutur loghat Gullah yang berasal dari Afrika.

Walaupun pada asalnya Bahasa English dari England adalah fusion dari bahasa-bahasa purba Anglo Saxon (German), Scandinavia, Flemish, (Holland) + Celt + Latin (Norman France)=English, tetapi ia juga mendapat sedikit pengaruh yang terkemudian di Amerika oleh pelbagai immigrant dari Negara Eropah & orang Afrika yang kemudian menjadi bahasa English Amerika Utara. Hari ini Loghat utara (northern) di bahagian negeri-negeri utara USA & Canada termasuk California, Nevada, Hawaii, Florida & Samoa America. Manakala loghat selatan (southern) pula di negeri-negeri selatan USA seperti Carolina, Tenessee, Texas, Georgia, Idaho, Alabama.


Kepercayaan Pelayar Eropah Zaman Dahulu 

Di penghujung atau ditepian dunia

Sebelum Christopher Columbus mendarat di Kepulauan Bahamas (San Salvador) pada 1492, orang-orang Eropah tidak tahu pun akan kewujudan benua Amerika kerana jikalau mereka belayar jauh dari tanah besar kapal layar mereka akan terjatuh ketepian di penghujung dunia.
Christopher menyangka dia telah menjumpai benua India lalu dia menamakan penduduk tempatan benua Amerika sebagai Indian atau orang India kerana menyangka dia telah mendarat di India tanah ugama Hindu. Nama itu kekal kepada peribumi benua Amerika iaitu Red Indian. Dengan terjumpanya benua Amerika, Sepanyol & Portugis telah menjadi negara kuasa besar selama hampir 300 tahun merancakkan lagi penjelajahan bangsa Eropah lain keseluruh dunia. dengan terjumpa nya emas & sumber lain di benua amerika & asia timur telah meningkatkan ekonomi Eropah ke tahap sehingga tercetusnya Industrial Revolution di England serta seluruh Eropah

Christopher bertemu puak orang asli

Don't Worry Be Happy