Muzik Dan Pemuzik



 George Gershwin
Semua pemuzik Jazz & orchestra tahu siapa itu pemain piano & composer bernama George Gershwin (September 26 1898-July 11, 1937) Karangan lagu Gershwin popular dalam jenis muzik popular & classic seperti Rhapsody in Blue (1924), An American in Paris (1928), & juga opera, Porgy and Bess (1935). Dia menulis semua vocal & kerja theater termasuk persembahan broadway & kerjasama abangnya Ira Gershwin. George meng-compose lagu untuk Broadway & dewan persembahan classical juga lagu popular yang membawa kerjaya nya lebih meluas ke public (umum). Lagu-lagunya banyak diguna dalam beberapa filem & television, banyak yang menjadi standard rakaman jazz. Lagu-lagunya juga dirakam oleh banyak penyanyi yang tak terkira banyak nya.



100 Pemain Gitar Popular Dunia

100 Pemain gitar terbaik undi popular dari seluruh dunia di majalah Rolling Stone. 
Jimi Hendrix, Duane Allman, B.B. King, Eric Clapton, Robert Johnson, Chuck Berry, Stevie Ray Vaughan ,Ry Cooder, Jimmy Page of Led Zeppelin, Keith Richards, Kirk Hammett of Metallica, Kurt Cobain of Nirvana, Jerry Garcia of the Grateful Dead, Jeff Beck, Carlos Santana, Johnny Ramone of the Ramones, Jack White of the White Stripes, John Frusciante of the Red Hot Chili Peppers, Richard Thompson, James Burton, George Harrison, Mike Bloomfield, Warren Haynes - Joined the Allman Brothers in 1989,The Edge of U2, Freddy King, Tom Morello of Rage Against the Machine and Audioslave, Mark Knopfler of Dire Straits,
Brian May

Stephen Stills, Ron Asheton of the Stooges, Buddy Guy, Dick Dale, John Cipollina of Quicksilver Messenger Service, Lee Ranaldo, John Fahey, Steve Cropper of Booker T. and the MG's, Bo Diddley - Blues innovator,Peter Green of Fleetwood Mac, Brian May of Queen, John Fogerty of Creedence Clearwater Revival, Clarence White, Robert Fripp of King Crimson, Eddie Hazel, Scotty Moore, Frank Zappa, Les Paul, T-Bone Walker, Joe Perry of Aerosmith, John McLaughlin, Pete Townshend, Paul Kossoff, Lou Reed, Mickey Baker, Jorma Kaukonen of Jefferson Airplane, Ritchie Blackmore of Deep Purple, Tom Verlaine of Television, Roy Buchanan, Dickey Betts, Jonny Greenwood, Ed O'Brien of Radiohead,Ike Turner, Zoot Horn Rollo of the Magic Band, Danny Gatton, Mick Ronson,

Stevie Ray Vaughn

Hubert Sumlin, Vernon Reid of Living Colour, Link Wray, Jerry Miller of Moby Grape, Steve Howe of Yes, Eddie Van Halen, Lightnin' Hopkins, Joni Mitchell, Trey Anastasio of Phish, Johnny Winter, Adam Jones of Tool, Ali Farka Toure, Henry Vestine of Canned Heat, Robbie Robertson of the Band, Cliff Gallup of the Blue Caps, Robert Quine of the Voidoids, Derek Trucks, David Gilmour of Pink Floyd, Neil Young, Eddie Cochran, Randy Rhoads, Tony Iommi of Black Sabbath, Joan Jett, Dave Davies of the Kinks, D. Boon of the Minutemen, Glen Buxton of Alice Cooper, Robby Krieger of the Doors, Fred "Sonic" Smith, Wayne Kramer of the MC5, Bert Jansch, Kevin Shields of My Bloody Valentine, Angus Young of AC/DC, Robert Randolph, Leigh Stephens of Blue Cheer, Greg Ginn of Black Flag, Kim Thayil of Soundgarden. 

100 orang pemain gitar ini adalah hasil undi popular dari seluruh dunia. 


Electric Guitar



 Lihat video Steve Vai & Orchestra sebagai pengiring muzik



Elvis Presley Oakland California 1956
Bila Elvis Presley mula-mula muncul dulu tahun 1950an, orang berfikiran conservative di Amerika berpendapat muzik Rock 'n' Roll satu pencemaran budaya kerana remaja menjadi hysteria & memberontak memberi pengaruh tidak baik kepada anak muda. Konsert Elvis pernah dihentikan polis kerana peminat remaja berkelakuan liar. Muzik menentang perang selalu terdapat dalam lagu 60an menjadi kekalutan kepada pemerintah USA yang sedang berperang di Vietnam. Lagu Punk di UK selalunya anti perang Falkland, cukai & ekonomi tempatan yang diterajui perdana menteri Britain pada masa itu. Mahkamah tinggi Amerika mengadakan inquiry terhadap pemuzik Heavy Metal & Hard Rock dikatakan memberi pengaruh ganas kepada remaja tahun 1980an. Hari ini Rock adalah muzik mainstream biasa didengar di radio tapi tidak pada tahun 60an, 70an, 80an ia dianggap "underground". Pemuzik barat berterima kasih & menghargai pemuzik terdahulu sebab mereka membuka jalan kepada generasi muzik hari ini.



Lama sebelum adanya petikan laju gitar dari Steve Vai, Yngwie Malmsteen, Al Di Meola, Joe Satriani, Kirk Hammet, Eric Johnson, Paul Gilbert, Steve Lukather, Paul Hanson & Banyak lagi lah gitarist yg bermain "fast Picking" & "Sweep picking arpeggio"-Chet Atkins & Les Paul sudah menggunakan skala Diminished Arpeggio, Pentatonic, Melodic minor, phrygian & Sweep picking dalam lagu Jazz & country rakaman mereka pada tahun-tahun 1950an. Fast picking ertinya 'petikan laju' sweep picking ertinya 'petikan gitar yang dipetik menerus dari atas ke bawah dalam satu chord arpeggio".




Smells Like Teen Spirit 

Smells Like Teen Spirit (Bau seperti "Semangat Remaja"). "Teen Spirit" sebenarnya deodorant (semburan wangi) untuk remaja. Kurt mengambil tajuk itu setelah kawan kepada girl friend kurt menulis "Kurt smells like teen spirit" di atas dinding rumah Kurt. Lagu yg dirakam pada 1991 itu melonjakkan album Nevermind ke tangga teratas carta 1992. Satu peristiwa yang membuka pintu kepada band alternative memasuki aliran "mainstream" yang di monopoli muzik pop. Mencapai nombor 6 dalam Billboard Hot 100 & tempat teratas dalam industry muzik di seluruh dunia pada 1991 & 1992. Memenangi 2 award MTV Music Video & diputarkan lebih kerap dalam Musik Television seperti VIVA, MTV, MuchMusic, Kerrang TV, erm, VH1, Fuse TV & Palladia. Lagu itu inspirasi dari band punk Pixie. Kurt Cobain sendiri berkata riff lagu itu sama seperti "More Than A Feeling" dari band "Boston" & "Louie Louie" dari The Kingsmen. Manakala video inspirasi dari Over The Edge -1979 & Ramones -- Rock 'N Roll High School.



Heavy Metal & Hard Rock Malaysia 1980-an

Muzik Rock di Malaysia meletus apabila konsert Battle Of The Band 1986 & Album berjudul sama keluar. Sebelum itu Hanya band Sweet Charity & Search (1985) sahaja band hard rock di Malaysia. Album Battle Of The Band Di rakam oleh band Lefthanded, Bloodshed, Ella & The Boys, SYJ & Rahim Maarof & WhiteSteel (bukan Whitesnake). Konsert "Battle Of The Band 1986" pernah menjadi kontroversi kerana rusuhan penonton di konsert itu. Tahun 1987 keluar pula Album "Juara Juara Rock" yang di rakam oleh band May, D'Febian, Burnmark & Metalian. Muzik dari band rock awal Malaysia adalah inspirasi dari Hard Rock & Heavy Metal Amerika Juga Eropah seperti Iron Maiden, Dio, Scorpion, Van Halen, Motley Crue, Rising Force (Yngwie Malmsteen), Deep Purple, Led Zeppelin, Rolling Stone & dari banyak lagi lah band Amerika & Eropah hingga tak terkira. LeftHanded contohnya mengambil petikan gitar solo dari lagu Iron Maiden & Budgie untuk lagu Debunga Wangi & Kenangan Bersama mu (Prodigal Son-Iron Maiden & I turned To Stone -- Budgie)
SYJ 1986

Band SYJ -- imej & muzik mereka seperti Motley Crue. Search merakam balik lagu Nombor & Sirih & Gambir dari Tokyo-EarthShaker & You Really Got Me --Van Halen. Banyak lagu Rock Rancak & rock Ballad Melayu terbaik adalah dari Search & Band rock lain diawal kemunculan mereka. Selepas itu muncul banyak lagi band Rock lain di akhir tahun 1980an seperti Wings, Bumiputra Rockers & banyak lagi lah tak terkira juga banyak. Tahun 90an Masih ada juga band rock muncul tapi muzik mereka sudah berubah hanya lagu rentak perlahan menjadi kesukaan ramai. Hampir di gantikan oleh muzik rock gelombang baru dari Band alternative Rock. Di tahun 2000 ke atas pop rock Indonesia pula menjadi kegemaran. Walaupun begitu band seperti Search & Wings masih aktif membuat persembahan sepanjang 1990an -- 2000 hingga sekarang.

Album tahun 1984
Yngwie J Malmsteen

Nama  seorang pemain gitar terkenal dalam muzik heavy metal. Nama penuhnya -- Yngwie Johann Malmsteen. (ingvi yohan malmstin) berasal dari SWEDEN. Album "Black Star" tahun 1984 album terbaiknya yang melonjak gelaran pemain gitar terbaik dunia 1986. Antara mereka yang mempengaruhi permainan gitar Yngwie ialah Al Di Meola, Jimi Hendrix, Ritchie Blackmore, band Rush, Kansas, Pagannini (violinist) & composer classical Johann Sebastian Bach. Didalam setiap lagunya terdapat solo gitar yang dimainkan berganti-ganti seperti perang dengan solo keyboard synthesizer. Bagaimanapun reputasinya menurun pada 90an kerana solo gitar nya kurang melody menjadi hyperspeed (terlalu laju).

Heavy Metal Rock music

The Dupont album
Di tahun-tahun 1980-an, banyak rencana tulisan yang menulis mengenai filem seram (Dracula, Halloween, vampire, zombie, monster, Hitchcock, thriller, action adventure & banyak lagi lah) dalam tahun 1940an, 1950an & awal 1960an di Hollywood yang sudah pun terdapat rentak seperti Heavy Metal walau pun ia tidak dipanggil heavy metal. Contoh The Duponts --"Screamin Ball" & The Moontrekkers -- "Night Of The Vampire" & banyak lagi lah hingga tak terkira. Walaupun belum ada rakaman gitar distortion masa itu. Perkataan "heavy metal" ada terdapat dalam buku penulis sains fiksyen tahun 60an yang mengisahkan tentang penduduk di sebuah planet yang digelar heavy metal. Dalam rencana oleh seorang penulis di New York Time Herald -- penulis itu menulis --" like listening to heavy metal falling from the sky." Bila mendengar lagu dari album "Experience" Jimi Hendrix.

Black Sabbath 1960-an
Lagu Beatles "Ticket to ride" di katakan rentak Heavy Metal oleh karyawan barat. Dalam lagu Steppenwolf "Born To Be Wild" terdapat perkataan "heavy metal thunder". Kemunculan band seperti Led Zeppellin, Deep Purple, Black Sabbath & banyak lagi rock keras menyebabkan mereka dipanggil pemuzik heavy metal kerana muzik mereka berat seperti besi. Band seperti Metallica, Anthrax & Slayer bermain muzik Heavy Metal guna power chord strumming. Sekarang ini sudah terdapat banyak betul aliran dari heavy metal terawal contoh - Nu Metal. Rentak Heavy Metal (tidak laju & tidak perlahan) atau moderate rock asal dari rentak Funk & Soul & Jazz. Tahun 80-an juga terdapat penyanyi rock perempuan seperti Lita Ford, Joan Jett, Ann & Nancy dari band Rock Heart & banyak lagi lah tak terkira.

Heavy Metal juga diguna menjadi muzik latar untuk perlawanan wrestling akhir 1970an & 1980an kerana ke-sesuai-an nya sebagai muzik jenis "berat dan keras" untuk perlawanan yang extreme.


Slayer
Anthrax
















.

Lihat video Heavy Metal band tahun lapan-puluhan (1980-an)




New Orleans - Tempat lahirnya muzik Jazz.


Tempat lahir genre Jazz di New Orlean. Abad 18 dan 19, Bandar itu diduduki oleh berbagai immigrant bangsa dari seluruh Eropah, keturunan Afrika & orang asli. Di situlah "melting pot" atau periuk tempat segala budaya bercampur. Muzik Afrika dimainkan mengguna alat muzik Eropah abad 19 seperti drum, trumpet, piano, gitar, flute, accordion, saxophone violin & banjo. 



Blues & Jazz terawal

Ladang kapas di USA abad ke 19

Field Holler ertinya "teriakan atau jeritan ladang"dari hamba abdi yang berkerja diladang membajak tanah & menuai tanaman kapas milik orang keturunan Eropah dinegeri-negeri selatan USA pada abad 18 dan 19. Muzik ini bersifat spiritual, kesedihan, mengenai perhambaan & sebagai mesej rahsia kepada hamba yg berhasrat melarikan diri ke negeri-negeri utara yang tidak mengamalkan perhambaan. Melody muzik itu adalah dari keturunan nenek moyang mereka yg ditangkap diAfrika & dijual sebagai hamba di USA abad 1500-1800. Ia berdasar scale pentatonic gaya etnik afrika & daripada inilah menjadi muzik Blues (ertinya "sedih" bukan"biru" yang itu) dan jazz juga R & B. Di USA masih ada orang menyanyi muzik tradisi "Field Holler" seperti dalam lagu Blues & Jazz.


Fusion Music






Phil Collins pernah bermain drum untuk kumpulan pemuzik Brand X yang bermain muzik Jazz-Fusion, berlainan sekali dari genre Pop-Rock band asalnya Genesis pada akhir tahun 1970-an









 Band Jazz-Fusion Stanley Clarke 1980-an





Band The Weather Rreport yang popular dengan lagu berentak Jazz-Fusion pada 1970-an & 1980-an






Fusion merupakan satu genre atau istilah muzik kepada satu jenis muzik yang digabung dari dua atau pelbagai jenis muzik menjadi satu contoh nya Rock N Roll iaitu fusion dari muzik blues, gospel & country, juga seperti Nu Metal (metal baru dari turunan heavy metal). Nu Metal adalah fusion dari muzik heavy metal,grunge,hip hop,funk, punk& banyak lagi. Jazz Rock fusion dari Jazz + rock, Acid Jazz fusion dari hip hop + electronic music. Tech house fusion dari tech + house, Two tone & Third wave ska fusion dari Ska + punk.


Muzik Pop

Penyanyi Afro-America 1897
Penyanyi Jenny Lind abad ke 19


Sheet music












Muzik "POP" atau popular bermula apabila bahan "sheet music" atau nota tulisan lagu bolah didapati oleh orang ramai pada akhir kurun 18 & awal kurun ke 19 di Eropah & Amerika membolehkan musik diedarkan kepada orang ramai terutama pemuzik amatur yang boleh bermain & menyanyi di rumah. Satu lagu factor ialah meningkatnya kemudahan kepada orang ramai pada abad itu kepada persembahan muzik popular di taman hiburan, dewan tarian, theatre & bilik persembahan. Pemuzik kepada muzik popular yang awal berkerja sama dengan yg lain melalui industry sheet music untuk mempromosi muzik yang di tulis di atas kertas (sheet music).

Gramophone
Pada awal 1900an dengan tercipta nya gramophone, muzik popular menjadi lebih di kenali. Pada 1920an terdapat 80 syarikat piring hitam di Britain & 200 pula di Amerika. Manakala penyiaran music di radio bermula 1920an juga menolong menyebarkan muzik-muzik popular kepada orang ramai termasuk bermulanya wayang gambar bersuara pada 1920an. pada 1950an & 1960an television mula memainkan peranan penting menyebarkan muzik popular kepada orang ramai.

Dengan tercipta nya teknologi perakam pelbagai track pada tahun itu memberikan jurutera bunyi peranan penting dalam muzik popular. Pada 1970an industry rakaman dunia di dominasi oleh syarikat WEA, RCA, CBS (Amerika) & EMI, PolyGram (Eropah). Trend baru yg menyatukan industri muzik kedalam filem, television & majalah. Hari ini kita menikmati muzik yang telah dirakamkan ke CD, kaset, piring hitam & Mp3 yang dimainkan dalam radio & television hasil ciptaan & inovasi orang Amerika & Eropah.

Muzik di tahun 1930-an 


Bawah di antara contoh dari pada berjuta-juta penyanyi dari era 40an hingga 2010


Penyanyi 40an Billy Eckstine

penyanyi 40an Deanna Dubin




 










Penyanyi 50an Elvis Presley

Penyanyi 50an - 60an Frank Sinatra














Penyanyi 60an Tom Jones

Penyanyi 70an Osmond Brothers














Penyanyi 80an Micheal Jackson

Penyanyi 80an Madonna














Penyanyi 90an Backstreet Boys

Penyanyi 90an Spice Girls












Penyanyi akhir 90an Justin Timberlake


Penyanyi akhir 90an Britney Spears














2010 Katy Perry

2010 Justin Bieber


























Muzik Genre Punk

The Ramones
Punk rock bukan muzik genre Ska, tetapi adalah gerakan musik rock yang berkembang sekitar tahun 1974-1975 di negara Amerika, Australia dan United Kingdom. Dipelopori oleh Ramones, Sex Pistols, The Damned, dan The Clash. Gerakan muzik Punk mmembangkit semula muzik rock 1960-an seperti The Beatles, Beach Boys & Herman's Hermit. Kelompok punk sering meniru struktur musik sederhana seperti musik garage rock dari tahun 1960-an. Biasanya mereka terdiri dari satu drum kit, satu atau dua electric guitar, satu electric bass, dan vocals. Drums biasanya hanya memiliki satu snare drum, satu tom, satu floor tom, satu bass drum, hi-hats, satu atau dua crash cymbal dan satu ride cymbal & menggunakan hanya 3 atau 4 chord yang ringkas. Gerakan punk rock 70an ecara tidak langsung membangkitkan semula muzik 1960an pada 1980an di barat.

The Kinks
Garage rock kumpulan rock yang berlatih di garage pada pertengahan 1960an di kenali sebagai pemula genre punk rock mula tumbuh di sekitar USA contoh The Kingsmen- lagu cover Louie Louie 1963. Garage rock kemudian dipengaruhi rock british seperti The Kinks -- You Really Got Me & All Day & All Night dikatakan asal usul kepada "lagu 3 chord punk rock". Juga lagu I Can't Explain dari The Who. Kalau anda ingat lagu 'Wild Thing", dari The Troggs itu adalah salah satu dari lagu permulaanya punk rock (proto punk). Punk Rock juga yang memperkenalkan kembali fashion seluar ketat awal 1960an. pada pertengahan 1970an.

CBGB Club New York City
CGBG club muzik Country, Blue Grass And Blues di New York menjadi forum kepada muzik punk rock bermula pada 1974. Club itu tujuan asal adalah untuk menonjolkan music pelbagai jenis tetapi kemudiannya menjadi forum band punk rock & new wave amerika seperti Ramones,MisfitsTelevision, the Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys, The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, The Shirts, and Talking Heads. Dalam beberapa tahun kemudian di kenali sebagai Hardcore punk dengan band sepertiAgnostic Front, Bad Brains, Murphy's Law, Cro-Mags, Warzone, Gorilla Biscuits, Sick of It All, dan Youth of Today bermain di sana.

The Exploited
Muzik punk kemudian menular ke United Kingdom dengan band seperti Sex Pistol. Akhir 1970an gelombang kedua punk British seperti Cockney Rejects, Angelic Upstart, The Exploited & The 4-Skins muncul. Style mereka mulanya dikenali sebagai punkrock tulin atau street punk. Kerana tabiat mereka yang suka berteriak Oi! Oi! Oi! Sebelum lagu di nyanyikan maka mereka telah di label muzik punk genre Oi!. Cockney Reject bukan band skinhead, tapi band Oi! Punk.
Cockney adalah salah satu daripadanya yang dipertuturkan oleh penduduk timur London. Terdapat lebih dari 49 dialect English di United Kingdom.


Offspring
Banyak lagi genre punk seperti anarcho-punk & pop punk muncul tahun 1980an. Band seperti Black Flag & Minuteman telah mula meninggalkan ciri ciri muzik punk & mula di kategori Alternative Rock pada 1990an. Ahli muzik grunge Nirvana pernah berkata Punk Rock banyak mempengaruhi style muzik mereka. Popularity band yg di pengaruhi punk -- Nivana, Pearl Jam & Red Hot Chili Peppers memarakkan lagi kemunculan Alternative Rock pada awal & pertengahan 1990an. 1993 Green Day & Bad Religion muncul Dengan imej & style punk rock revival (di hidupkan semula dari post punk 1980an) 1998 Offspring Americana mencecah penjualan tempat kedua di carta. Lagu Pretty fly (For A White Guy) di download 22 juta kali di internet. Blink 182 tempat 4 di Billboard Hot 100. . Keuntungan dari penjualan album Green Day, Dookie & lain band telah membuka jalan kepada punk band yang lain bertapak di Amerika Utara.

Canon Karya Pachelbel
Canon lagu ciptaan Pachelbel yang di tulis dalam D major pada 23 0ct 1624. Satu contoh lagu dalam major scale -do re mi- ...Lagu P. Ramlee -Do Re MI- juga contoh major scale....Lagu pop melayu banyak menggunakan scale major & minor....Lagu pop indonesia juga banyak menggunakan scale minor & major. Bagi mereka yang tak faham muzik, dia orang ingat lagu atau muzik tak ada scale. Dia orang ingat muzik tu hanya bunyi-bunyian kosong tak ada erti atau lain -lain pengertian mereka, yang penting boleh dengar lirik.

Penyanyi Berketurunan Orang Asli Taiwan 






Power Station dari Taiwan
A-Mei






Di Taiwan penyanyi Rock & R&B yang bagus adalah dari etnik orang asli Taiwan. Contohnya A Mei & Band Rock Power Station. Oleh kerana lagu & muzik orang asli semuanya berasaskan scale pentatonic maka dengan senang nya mereka dapat menyanyikan lagu Rock & R&B dari barat atau yang dalam bahasa mandarin.







Lagu 'Purple Haze' - Jimi Hendrix di mulai dengan riff pentatonic scale, bunyi nya sangat asing bersifat etnik kesukuan afrika. Di Eropah pada zaman medieval atau pertengahan (tahun 400 AD - 1400 AD), pentatonic scale di anggap muzik iblis. Orang Eropah sering menggambarkan syaitan & iblis menggunakan scale pentatonic. Ini adalah kerana jarang nya terdapat scale pentatonic dalam tradisi muzik Eropah (hanya major / minor / harmonic / melodic / phyrigia). Anggapan oleh orang Eropah masa itu ialah muzik yang di iramakan guna scale pentatonic ini mengingatkan mereka kepada kebudayaan orang tidak bertamadun etnik Afrika kulit hitam & suku ethnik asli eropah (celt) di zaman lampau.  

Apa kah benda Pentatonic ini? Mana lah makcik, pakcik, anak-anak kecil & orang yang tak tahu muzik tu faham. "Pentato - onic onic -tato-penta- minuman tonik?", eh -mana lah nak faham ini... 

Jimi Hendrix
Pentatonic ialah scale susunan note mengikut octave dalam gaya susunan pentatonic. Scale ini lain sikit susunannya kerana tidak terdapat semitone. kalau C scale note seperti ini -C-D-E-F-G-A-B-C, pentatonic C major pula seperti ini -C-D-E-_-G-A-_-C tidak ada note seperti B & F.  Pentatonic boleh kita dengar dimana - mana muzik tradisional kerana ia sudah ada semula jadi di dalam diri manusia sejak zaman purba kala lagi. Dalam muzik tradisional tempatan juga terdapat penggunaan scale ini. Bagaimanapun penggunaan pentatonic berbeza mengikut style di tempat lain. Lagu Rock, Jazz, Blues & R & B banyak guna scale ini yang dimainkan mengikut style rock, jazz atau pun blues. Lagu Rock Modern juga banyak guna Pentatonic tetapi mereka tidak menggayakannya seperti style Blues.  Hari ini di mana-mana sahaja bahagian Eropah - muzik Amerika R&B, Blues, Jazz & Rock menjadi muzik popular & sudah beratus tahun tidak dianggap muzik iblis.

Pentatonic scale (skala) ialah skala muzik yg paling banyak sekali dijumpai dan dimainkan di seluruh dunia seperti dalam muzik rakyat Celt (muzik rakyat=folk), muzik rakyat Hungary, muzik Afrika Barat, muzik rohani Afrika-Amerika, Gospel, folk Amerika, Jazz, Blues Amerika, Rock, nyanyian Sami Joik, lagu kanak-kanak, muzik purba Greece, dan Greek traditional music dan lagu-lagu dari Epirus, Northwest Greece, muzik Southern Albania, tuning alat muzik krar Etiopia, dan gamelan Indonesia, Kulintang Filipina, Native American music, melodi dari Korea, Malaysia (susunan gong), Japan, China, India and Vietnam (termasuk folk music dari negara tersebut), Andean music, tradisi Afro-Caribbean, orang tanah tinggi Poland di Tatra Mountains, dan Classical composer seperti composer Perancis Claude Debussy. Pentatonic scale juga diguna dalam muzik Bagpipe Great Highland.

Skala Pentatonic ini khususnya mode anhemitonic (tanpa semitones), hasil daripada kurang nya note yg berdekatan di antara mana-mana pitch, tidak ada note minor kedua, tidak ada note major sevenths atau tidak ada note tritones. Bererti mana-mana pitch-pitch (note) di main kan dalam susunan atau kombinasi tanpa berlanggar. Scale Pentatonic juga adalah scale yang tertua didunia sebelum mana mana scale wujud, di bawa melalui penghijrahan manusia purba dari afrika ke asia & seluruh dunia. Dan apabila hamba abdi Afrika dibawa ke benua Amerika, muzik mereka berkembang menjadi Jazz, R&B, Blues & Rock.

Contoh scale pentatonic dalam muzik tradisional - 'Wau Bulan' lagu rakyat Kelantan, lagu rakyat & petikan sape / sundatang Sarawak & Sabah dan juga susunan gong besi/gangsa.  


Dato Shake
Shake atau Sheikh Abdullah Ahmad penyanyi kelahiran Malaysia tahun 1950, pergi ke England pada pertengahan 1970an & belajar vocal classical dari John Dolby. Pada 1976 dia di perkenalkan kepada Syarikat rakaman Perancis & merakam lagu single "You Know I love You" (Tu Sais Je' Taime).Album muzik Pop Shake mencapai jualan Emas & Platinum di Perancis. Dia menjadi artis Asia pertama menyanyi dalam bahasa Perancis di France yang mempunyai beribu ribu artis. Dia menjadi famous di negara yang berbahasa Perancis. 15 minggu tempat teratas carta di Canada, popular di negara Afrika Utara, di bandar Ivory Coast & Senegal juga di kepulauan Pacific. Shake di beri gelaran "Datuk" pada 1979 oleh Raja Johor Sultan Ibrahim.

Highway Star

Ritchie Blackmore
In the late 1960's you can hear how similar Rock band music is. They always listen to other band for inspiration like Vanilla Fudge, Led Zeppelin, Uriah Heep & Deep Purple. One song to be example is
"La Woman" by The Doors & that old 60's Batman theme song & also "Highway Star" by the Deep Purple which was written on the way to Portsmouth in 1971. Ian Gillan Voice is a Bluesy hard rock, that first organ solo is in melodic minor, melodic minor & chromatic riff. the first part of Ritchie solo guitar is in blues pentatonic bend, the second part is in melodic minor arpeggio plus some harmonic minor, the third part is minor note pick plus some jazz improvisation, the last part is in blues pentatonic. The solo chord progression inspired by Mozart. 





Ska

Ska & Reggae berasal dari muzik Jazz, Rythmn&blues Amerika dalam style Jamaican Mento & calypso pulau Jamaica. Gitar & piano seperti berbunyi ska, macam 'ska, 'ska, 'sebab itulah kami panggil ia ska. Bunyi gitar rythmn & piano, itu lah sebabnya kami berikan ia nama "ska"- kata Derrick Morgan, seorang pemuzik popular 1960an & 1970an yg pernah berkerja bersama Desmond Dekker, Bob Marley & Jimmy Cliff dalam jenis muzik R&B dan Ska juga Rocksteady & Skinhead Reggae di Jamaica. Ernest Ranglin (pemuzik reggae) berkata nama itu berasal dari bunyi "skat! "skat! "skat! dari bunyi strumming gitar.

Selepas Perang dunia ke 2 banyak orang Jamaica membeli radio dan mendengar R&B & muzik selatan USA seperti New Orlean. Pengkalan tentera US berdekatan menyiarkan siaran radio muzik amerika & sebabkan kebanjiran piring hitam dari US. 1960an artist Jamaica mula merakam muzik amerika dalam versi mereka sendiri.(Ska & reggae & rocksteady). lagu You Got To Go, Oh Carolina & Shake A Leg dari Prince Buster & Byron Lee mungkin adalah rakaman lagu Ska pertama.

Genre ska "2 Tone" bermula di Coventry England, fusion antara rythmn ska & punk rock pada 1970-an.
Third Wave ska bermula pada 1980-an apabila band mula muncul di USA & negara lain di seluruh dunia.
1990-an beberapa syarikat record Third Wave Ska terkenal mengeluarkan rakaman muzik Third Wave Ska yang kemudiannya menjadi tempat kepada band bukan ska sperti band punk rock Fall Out Boys & Paramore. Pada akhir 1990-an minat kepada band Third Wave Ska mencapai momentum. Ada syarikat rakaman yang gulung tikar tetapi Label syarikat Moon Ska Europe Masih beroperasi sepanjang tahun 2000-2010 yg kemudian di kenali sebagai Moon Ska World.



Lagu-lagu Pop- R&B, country, soul & banyak lagi yang bukan gitar oriented, adalah yang paling banyak di minati & mendapat tempat di carta Top Ten Amerika & Eropah daripada lagu lagu berentak Rock pada akhir 60-an, 70-an & 80-an. (cari google lagu - 60's, 70's 80's pop song)
http://www.at40.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/American_Top_40

http://www.billboard.com/charts/hot-100

http://www2.ljworld.com/news/2000/nov/19/mtv_rolling_stone/

http://www.rockonthenet.com/archive/2000/rsmtv100.htm




D'yer Mak'er - Led Zeppelin

Lagu- D'yer Mak'er lagu dari Album Houses Of Holy band Led Zeppelin tahun 1973 (38 tahun dahulu). Led Zeppelin band hard rock itu merakam lagu itu menyerupai rentak reggae. Nama lagu di ambil dari jenaka lama. D'yer Mak'er (sebutannya Jamaica). "My wife's gone to the West Indies." "Jamaica?" yang mempunyai persamaan seperti -"D'you make her?") "No, she went of her own accord". Terjemahan-"isteri saya telah pergi ke kepulauan Caribbean", " Jamaica?" (D'yer Mak'er?) anda suruh dia ke sana? "tidak dia pergi sendiri" Sheryl Crow juga pernah merakam balik lagu ini pada 1995. Lady Gaga juga menyanyi lagu itu dalam persembahan "live". (tidak ada rakaman). Amy Search pernah merakam lagu itu dalam album "A Malaysian Tribute To Led Zeppelin" tahun 1996.


Sweet Charity - Singaporean Hardrock Band
Sweet Charity tahun 1969
Sweet Charity akhir 1970-an
Sweet Charity is the best Hard Rock band in Singapore during the 1970's. These rockers are very faithful for their God. They're sometime called The Singaporean "Deep Purple" because of their appearance & music which is similar to the British band. Their music are very influenced by Led Zeppelin & Deep Purple (where else Sweet Charity would be if it ain't for the Led & Purple Rock N Roll) plus they mix it with malay flavour like the samrah, ghazal, inang & zapin.
Check out their song! They Are Great!


Blues Gang 


Blues Gang a Malaysian blues band who play American blues rock style music with some local element in Malay language. They also sing it in local dialect of Negeri Sembilan -"Apo Nak Di kato" & "Jambatan Tamparuli" in Dusun Language.Their first album Any Time Any Day released in 1979.
Check out their songs & video. Just type in their band name in that youtube search bar.


Iron Maiden - Number Of The Beast
Iron Maiden 2010
Iron Maiden 1982
The Number Of The Beast"- Iron Maiden bukan lagu pemujaan syaitan tetapi mengisah kan tentang ramalan di satu kitab akan kewujudan "Antichrist" (maknaya bukan Christ tetapi seorang yg mempunyai ciri-ciri sangat berlainan dari Christ) satu hari nanti yang akan membawa dunia kepada kemusnahan Armageddon atau hari kiamat. Pada masa pemerintahan Anti-Christ (pengikut syaitan) nanti semua manusia akan di tanda nombor badan mereka.
666 adalah nombor kepada kewujudan Anti-Christ ini.






Deep Purple - Smoke On The Water
Deep Purple 1970
"Smoke On The Water" -Deep Purple di ilhamkan dari pengalaman mereka ketika membuat rakaman album "Machine Head" di Montreux Switzerland. Montreux Casino yang berdekatan dengan tempat mereka tinggal telah terbakar & oleh kerana cuaca yang sejuk di atas pergunungan, asap dari kebakaran itu telah menutupi permukaan air tasik Lake Geneva di sebelah hotel mereka tinggal.





Funk
Pemuzik Jazz di New Orleans 1908
Funk dalam bahasa jazz amerika boleh juga bererti tanah bumi-kembali kepada tapak atau perkara asas.
seawal 1900 sudah ada lagu yang bertajuk 'Funky Butt'. akhir 1950an & awal 1960an perkataan 'funk' & 'funky' semakin kerap digunakan didalam kaitan muzik soul. seorang pemain drum kelahiran New Orleans- Earl Palmer yg pertama menggunakan perkataan "funky" untuk menerangkan kepada kawan-kawannya dimana mereka sepatutnya memainkan muzik mereka kepada lebih teratur dan boleh di tari kan penonton.

Eric Burdon Funk band tahun 1960-an




Funk ialah muzik yg bermula pada pertengahan tahun 1960an apabila pemuzik keturunan afrika di amerika menggabungkan muzik soul, soul jazz dan rythmn & blues kepada satu bentuk muzik dimana pendengar boleh menari kedalam rentak muzik itu. Funk bererti "bau badan busuk". Orang-orang yang bermain jazz pada awalnya menggunakan perkataan funky untuk memuji integriti seni seseorang kerana bersusah payah untuk mencapai impian. (seperti pepatah "hasil titik peluh seseorang").













 Grand Funk Railroad 1970-an