Bunyi Gitar Distortion



Distortion


Apa bila kita mendengar muzik, kita akan terdengar bunyi gitar yang kasar dan berkeriut bunyinya seperti bunyi sebuah mesin atau enjin. Dalam kebanyakkan lagu, terdapat juga bunyi solo melodi gitar yang dibunyikan seperti jeritan makhluk yang ganas. Ada juga lagu yang mana bunyi petikan gitarnya garang, kalau dibunyikan hanya untuk satu note ia berpanjangan seakan-akan tidak akan berhenti. Semua melodi solo & petikan seluruh kord gitar boleh dimainkan sebegitu dengan distortion. Ia satu proses yang disengajakan untuk merosakkan atau membiaskan isyarat elektronik gitar dengan menggunakan satu alat yang mempunyai litar penguat isyarat didalamnya. Itu sebab bunyi sebegitu dinamakan Distortion sebab ianya ialah bunyi yang diubahsuai menjadi rosak. Ertinya yang sebetul sebelum kewujudan gitar elektrik ialah : satu imej yang rosak hasil daripada kanta optik yang rosak.
Big Band
Pada awal kurun ke 20 (1910-1930-an) banyak experiment telah di buat untuk "membesarkan" bunyi gitar melalui loudspeaker kerana gitar akustik menjadi tidak sesuai dimainkan dalam orchestra muzik Big band & jazz yang semakin kuat di mainkan. Luthier adalah pereka gitar elektrik pertama. Les Paul pemain gitar meng-experiment gitar dengan meletakkan microphone di gitar nya. George Beauchamp mereka gitar electric amplified (dibesarkan melalui pendawaian elektrik) pada 1931 dan bersama Adolph Rickenbacker, & Paul Barth telah menubuhkan syarikat gitar "Rickenbacker" pada 1934.

"Distortion" bermakna satu imej yang rosak akibat kanta optik yang rosak. Bunyi gitar yang kasar dari amp gitar juga di panggil distortion atau overdrive atau fuzz. (kalau dalam bahasa melayu nak panggil apa pulak?).
Pada awal pengeluaran Amplifier gitar (gitar punya speaker) keadaanya sangat primitif & kabur bunyi nya
serta bunyi asal gitar itu juga "rosak" apabila melalui rantaian isyarat di dalam litar amplifier itu. satu masalah kepada pemain gitar pada masa itu. bunyi "rosak" atau distortion selalu terjadi apabila amp (speaker gitar) itu terlanggar atau tertendang menyebabkan Valve atau loudspeaker didalam nya rosak. Pada awal penggunaan alat elektronik, peralatan elektronik seperti radio, TV, semua menggunakan valve. Kalau kamu lihat Radio antik kamu akan dapat melihat tube valve semacam mentol lampu di dalamnya. Transisitor dicipta pada tahun 1960-an yang mana membolehkan alat-alat elektronik boleh dibina lebih kecil. Alat-alat moden seperti handphone, TV, radio & computer hari ini mengguna microchip membolehkan ia di buat lebih lagi kecil. 

Amplifier yang menggunakan tube valve

Tube Valve
Bunyi "rosak" atau distortion selalu terjadi apabila amp (speaker gitar) itu terlanggar atau tertendang menyebabkan valve atau loudspeaker didalam nya rosak. Bagaimana pun ada pemain gitar yang suka kepada bunyi "rosak" ini dan sengaja merosakkan amp(loudspeaker/gitar speaker) mereka. Mereka menggunakan pisau cukur, screw driver, atau pencil untuk menebuk lubang di horn/kertas speaker untuk menghasilkan bunyi distorted atau bunyi rosak.

Contoh terawal ialah rakaman lagu "Rocket 88" lagu Rock&Roll terawal, Ike Turner dan raja gitar rythmn Willie Kizart menggunakan Gitar amp yg rosak menghasilkan rakaman gitar distortion (rosak) terawal. Dalam lagu The Train Kept A-Rollin (1956) oleh Johhny Burnette Trio, satu valve\tube terjatuh dari amplifier(speaker gitar) dalam satu persembahan. Apabila penonton ribut pasal bunyi baru yang gila-gila itu, Paul Burlinson pemain gitar itu telah menggunakan bunyi yang sama dalam rakaman studio. Willie Johnson yang bermain untuk Howlin' Wolf recording di Memphis 1951-1952, gunakan bunyi distortion(bunyi rosak) menghasilkan bunyi kasar & mengancam yang turut dijayakan lagi oleh suara nyanyian blues Howlin' Wolf.
Pemain gitar Link Wray yang juga  terkacau tube didalam amp (speaker)nya secara tidak sengaja, dan kemudian sengaja menjadi habit untuk nya mencabut/mengacau tube didalam amp nya yang menjadikan gitar nya berbunyi bising & kotor.

Chuck Berry yang mula nya menggunakan amp kecil yang rosak bunyi nya pada rakaman terawal nya (Maybelline), tetapi tidak lama kemudian guna amp besar dimana bunyi gitar lebih bersih dalam rakaman piring hitam yg terkemudian. Satu contoh lagu ialah -You Really Got Me-The Kink tahun 1964.
Leo Fender dari syarikat Fender & Amplifiers memerhatikan trend (style yang digemari) ini dan mengubah suai amplifier nya kepada "compress" dan\atau "overdrive" sedikit tanpa merosakkan signal bunyi gitar. Tweed & BlackFace amp Fender yg menghasilkan tone bunyi bersih. Jim Marshall menngambil idea ini dan menghasilkan amplifier dengan "marshall overdrive" yg mengeluarkan bunyi keras "Marshall" yang boleh didengar dalam banyak lagu awal kumpulan Hard Rock. 1961 gitaris Grady Martin menerbitkan bunyi fuzz (bunyi kasar) akibat kerosakan pada litar pre amp. The Ventures setelah mendengar tone itu dalam lagu "Don't Worry" meminta Red Rhodes pemain gitar steel & pencipta untuk alat bunyi itu. Hasilnya muncul satu kotak fuzz(overdrive/distortion) effect yg pertama di dunia."200 pound Bee" lagu pertama menggunakan kotak fuzz.

Maestro FZ-1



Litar distortion pertama dipasaran ialah Fuzz Tone oleh Maestro model FZ-1. May 1965 Keith Richard menggunakan nya dalam lagu (I can't Get No) Satisfaction. Jimi Hendrix juga menggunakan effect sama yg diubah suai oleh Roger Mayer.

















Jimi Hendrix guna distortion Fuzz Face, FuzzRite.












Paul Mcartney & George Harrison (The Beatles) guna distortion Big Muff Pi & Vox Tone Bender lagu Think For Yourself.














Pete townshend guna Univox Super Vox dari 1968-1978.









Fuzzboxes awal menggunakan transistor germanium tetapi akhir 1960-an digantikan transistor silicon. Tahun 1980-an unit susunan kotak-kotak effect digital (Distortion-lebih berat & keras /chorus/flanger/delay/reverb/c­ompressor) mula mengganti kan stompboxes/fuzzbox.

Metal muff yang ada booster diguna untuk bunyi distortion yang lebih compress & sustain




Contoh : 'Pedal board' seperti ini biasa di pakai oleh pemain gitar di seluruh dunia.  ^





DS-1 Distortion





Metal Distortion





Overdrive - effect ini kalau di pakai dua pedal campur compressor sustainer sekaligus boleh bunyi Heavy sound semacam ada booster.




Steve Vai Guitar Effect pedal & Racks






Hari ini terdapat banyak jenis effect distortion. ada juga kotak effect ringkas untuk lagu Metal dari syarikat Boss. tetapi banyak pemain gitar terkenal lebih suka menggunakan effect digital dalam susunan rack seperti Joe satriani, Steve Vai & banyak lagi gitaris lain. Ada juga yang lebih suka menggunakan effect yg dibina didalam amplifier gitar seperti Kurt Cobain. Pada dekad 1990an gadget digital yang menggabungkan banyak effect gitar ke dalam satu effect yang diberi nama multi effect telah mula dipasarkan. Multieffect lebih mudah dibawa & tidak megguna banyak ruang. Kesemua effect seperti distortion, delay, reverb, flanger, compressor digabungkan ke dalam satu litar elektronik.

Multieffect GT8 Boss