Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.

Manik purba

Corak pra sejarah Afrika 70,000 tahun












        Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman modern. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

Satu malam di zaman pra sejarah
Flute tulang burung 30,000 tahun

         Apa bila manusia mula terfikir haiwan seperti lembu, kambing dan ayam boleh diternak juga bijirin gandum dan padi boleh ditanam untuk hasil tuaian, mereka mula tinggal di satu penempatan atau kampung purba. Ini berlaku sekitar 10,000 tahun dahulu. Sistem perniagaan barter bermula apa bila mereka berhimpun ditempat bertukar-tukar barang keperluan di pasar purba. Seorang nelayan yang kerjanya menangkap ikan dilaut, sungai atau tasik boleh menukarkan hasil tangkapan ikan-ikan dengan bijirin gandum yang ditanam & dituai oleh petani. Di pasar purba ini juga ada pedagang barter bermain muzik menghibur orang ramai. Dari pasar purba ini lah ekonomi mula menjana tempat itu menjadi bandar kecil apa bila lebih ramai orang datang keperjumpaan pasar purba. Pasar purba menjadi nadi pembangunan ekonomi penempatan-penempatan purba. Kemudian pasar purba menjadi pusat bandar. Bangunan-bangunan kedai purba didirikan mengganti gerai jualan. Jalan utama disepanjang pasar purba menjadi jalan utama dibandar purba yang semakin pesat membangun. Akhirnya menjadi pusat ketamadunan awal manusia. Seni & budaya mula berkembang.

Jual beli barter
Pasar purba


    Manusia mula mengganti nilai barter dengan wang atau syiling. Apa bila ada orang yang mempunyai lebih kelebihan pendapatan dari simpanan wang atau syiling mereka boleh mengupah orang membuat barang-barang pakaian, hiasan & penghibur untuk menghibur mereka seperti pedagang atau ketua penempatan yang cucu-cicit mereka akhirnya menjadi Raja kepada kerajaan tamadun awal seperti Sumeria, Mesopotamia, Egypt dan China. Di dalam tamadun awal ini pemuzik purba dibayar untuk acara-acara keugamaan & hiburan golongan bangsawan. Di zaman itu pemuzik mula meneroka & mencipta alat-alat muzik serta keindahan melody dari pada hasil kreativiti mereka dan juga inspirasi dari para pemuzik dari segala ceruk rantau empayar yang berkumpul di tempat perjumpaan awam seperti pasar di sebuah bandar purba. Maka terciptalah scale-scale muzik dari budaya tempat asalnya.


Lukisan mural pemuzik di tamadun awal eropah

          Kampung menjadi pekan, pekan menjadi bandar, bandar menjadi metropolitan purba sebuah tamadun yang diganti pula pleh tamadun lain, empayar berganti empayar lain dan negara-negara baru muncul mengganti negara lama dalam masa 10,000 tahun peredaran masa. Budaya & seni seperti muzik diasimilasi dan di integrasi kedalam budaya lain melalui perdagangan & penaklukan. Contohnya dalam empayar Rom purba yang menguasai Eropah, Asia barat dan Afrika utara. Empayar Islam & Empayar China.     
                 


             Di zaman itu pemuzik mula meneroka & mencipta alat-alat muzik serta keindahan melody dari pada hasil kreativiti mereka dan juga inspirasi dari para pemuzik dari segala ceruk rantau empayar yang berkumpul di tempat perjumpaan awam seperti pasar di sebuah bandar purba. Maka terciptalah scale-scale muzik dari budaya tempat asalnya. Kampung menjadi pekan, pekan menjadi bandar, bandar menjadi metropolitan purba sebuah tamadun yang diganti pula pleh tamadun lain, empayar berganti empayar lain dan negara-negara baru muncul mengganti negara lama dalam masa 10,000 tahun peredaran masa. Budaya & seni seperti muzik diasimilasi dan di integrasi kedalam budaya lain melalui perdagangan & penaklukan. Contohnya dalam empayar Rom purba yang menguasai Eropah, Asia barat dan Afrika utara. Empayar Islam & Empayar China.



Video- History of Music - Dari Greek purba hingga Renaissance - 1st century AD - 1500 AD
Sila install flash player terkini untuk memainkan video ini 




Video-History of Music Europe 900 AD - America & Europe 2010 
http://www.youtube.com/user/RockPlanetEarth

     

Memorial penempatan English pertama di benua Amerika Utara


          Muzik atau 'music' moden yg kita dengar hari ini bermula hampir 500 tahun dahulu apabila orang orang eropah dari England, Scotland & Ireland memulakan penempatan baru di Amerika. Muzik yang dibawa dari tempat asal mereka bercampur aduk dengan muzik hamba abdi yg mereka bawa dari Afrika. pelakuran muzik atau pencampuran di antara pelbagai muzik dari etnik Africa dan muzik rakyat warisan tradisi bergenerasi dari Eropah ini ketara sekali di New Orlean, Louisiana dimana ia dipanggil Jazz pada sekitar kurun ke 19. Di Amerika selatan muzik Latin berkembang sama seperti di Amerika Utara dimana muzik Afrika & orang asli bergaul dengan muzik dari Sepanyol & Portugal maka lahir lah muzik mariachi, samba, rhumba dan banyak lagi. Muzik Blues berasal dari muzik sedih orang Afrika Amerika yg menggambarkan kesengsaraan mereka menjadi hamba kepada orang kulit putih pada abad ke 16 hingga ke 19 setelah perhambaan dihapuskan oleh President Abraham Lincoln semasa perang saudara di Amerika pada tahun 1861-1865 . "Blues" di dalam dialect selatan United States America bererti kesedihan.


                                                       Muzik Popular Tahun 1900 - 1909




                                                     Muzik Popular Tahun 1910 - 1919





Muzik Dekad 1920-an & 1930-an

Dalam dekad 1920-an, radio telah menjadi satu benda penting yang harus dimiliki oleh setiap keluarga di Amerika. Dekad ini juga muzik lebih mudah didengar oleh lebih banyak pendengar dari segenap lapisan masyarakat di Amerika dan seluruh dunia. Para artis dan pemuzik mempunyai lebih banyak pendengar kerana terciptanya teknologi radio sejak 1900-an lagi. 


              Muzik Pada Dekad 1940-an

Pada perang dunia kedua, askar-askar Amerika yang berpengkalan di England membawa bersama Jazz & Blues ke Eropah. Di sana muzik blues & country diperkenalkan kepada orang-orang Inggeris. Tahun 1951 seorang DJ radio Amerika bernama Alan Freed telah menamakan muzik nyanyian Elvis Presley gabungan gospel-soul-blues (Afrika) & country-bluegrass (berasal dari eropah) sebagai Rock & Roll.  



Elvis Presley

.

Pop & Rock n Roll tahun 1950-an

1960 - Anak-anak muda British yang yang lahir semasa zaman perang dunia kedua menubuhkan band muzik rancak yang bermain muzik gabungan rock & roll - jazz - blues seperti The Beatles & Rolling Stone. Inspirasi kepada muzik yang mereka mainkan tidak asing bagi mereka kerana muzik blues, country, jazz telah diperkenalkan kepada orang England oleh askar-askar Amerika di perang dunia kedua. Begitu juga dengan muzik Rock n Roll yang datang dalam bentuk vinyl (piring hitam).   

The Beatles
.




                                                       Pop tahun enam-puluhan (1960-an)


.
Rolling Stone
Akhir 1960an dan awal 1970an pula muncul band yg memainkan muzik berbunyi kuat, keras & rancak (hardrock) gabungan muzik folk - jazz - blues - classical  - Rock & Roll seperti Deep Purple, Led Zeppelin, Black Sabbath & banyak lagi. Muzik Pop pada era ini seperti Disco, Funk, R&B dan lain-lain lagi ialah muzik yang lebih diminati oleh peminat muzik diserata dunia. Artis seperti Tom Jones, Barry Manilow, The Carpenters, Bread, Stevie Wonder, The Jackson Five, Simon Garfunkel, Marvin Gaye, ABBA & lain-lain. 


Band Funk USA-Sly & the Family Stone





1970an-muncul muzik Funk dari gabungan soul-gospel-rock&roll dan juga muzik gelombang baru (new wave) seperti Punk(hasil inspirasi dari kebangkitan semula muzik dari zaman awal The Beatles) & Disco (muzik berasaskan rentak funk-Rythmn&Blues-motown-soul) Funk & Punk ialah dua muzik berlainan. Tahun 1970an juga menyaksikan genre muzik reggae popular keseluruh dunia diperkenalkan melalui album nyanyian artis seperti Bob Marley.






                                                                Muzik dekad 1970-an




Band Punk British The Clash

Duran Duran di tahun 1980-an


1980an-muzik pop new wave paling mendapat tempat di radio seperti Duran Duran & Depeche Mode. Bagaimana pun pada awal 1980an terbit pergerakan aliran muzik rock generasi baru daripada kesinambungan aliran muzik hard rock 70an iaitu 'British New Wave Of Heavy Metal'. Lagu Rock generasi ini lebih melodic dan lebih keras bunyi nya daripada hard rock tahun 70an. 








                                                               Muzik Pop dekad 1980-an





Artis remaja terkenal ditahun 1970an ialah seperti Jackson Five dan The Osmond. Manakala Tiffany dan Debbie Gibson ialah artis remaja 1980an yang paling banyak lagu mereka meduduki carta-carta teratas dalam senarai lagu-lagu popular. Mereka ialah bintang remaja sama seperti Miley Cyrus dan Demi Lovato atau pun artis remaja lain yang kita tahu pada hari ini.

Tiffany

Debbie Gibson








Breakdance


Run DMC Rap group

















1980an-muzik rap menjadi popular dikalangan remaja & anak muda yang tinggal di bandar dan kota besar Amerika seiring dengan kemunculan tarian breakdance. Kebanyakan rentak muzik untuk artis rap & breakdance ialah Funk. Tetapi ada juga yang digabungkan sedikit dengan Punk atau Rock. Rap berasal daripada pembacaan puisi orang Afrika Amerika. Rap dan Breakdance ialah asas kepada genre Hip-hop & tarian BBoy.



MARTY FRIEDMAN & JASON BECKER
STEVE VAI



















1980an-Lagu Pop atau Rock biasanya akan dirakam solo gitar rock mode blues atau sedikit sentuhan classical. Pada masa ini jugalah banyak elemen muzik classic dari karangan JS bach,mozart,beethoven dimainkan dalam permainan solo gitar rock kumpulan rock heavy metal.

Bon jovi
Tidak seperti band Rock & Metal di Eropah, di Amerika pada akhir 1980-an & awal 1990an terdapat sedikit perubahan style dalam rakaman muzik Heavy Metal apabila element atau unsur "Country" & "Southern Rock" di masukkan dalam mainstream Heavy Metal & Rock Ballad Amerika. Seperti dalam album Wanted Dead Or Alive - Bon Jovi, Gypsy Road - Cinderella dan juga Guns N' Roses "Civil War".







Band Heavy Metal dari Amerika Cinderella 1989






New Kids On The Block

Grunge & punk band NIRVANA
New Kids On The Block ialah 'boy band' pertama didunia sebelum kemunculan Take That, Backstreet Boys dan N Sync pada tahun 1990an. Dari inspirasi kumpulan penyanyi-penyanyi harmony Motown tahun 1960an. 'Boy band" istilah diguna untuk sekumpulan penyanyi yang tidak bermain muzik. New Kids On The Block muncul dalam album pertama mereka berjudul "New Kids On The Block" pada tahun 1986.
Nama mereka popular pada akhir 1980an dan awal 1990an.


Akhir 1980an band band indie (independent-kerana album mereka pada mulanya dibiayai persendirian atau oleh syarikat kecil) mula naik dan dikenali sebagai alternative pada awal 1990an.




                                                                 Muzik dekad 1990-an



1990an hingga awal 2000an muzik rock alternative, R&B & Techno menjadi muzik yang lebih banyak peminatnya daripada lain lain genre muzik. Satu fenomena yang sangat ketara ialah ketiadaan bunyi solo gitar pada muzik rock terkini pada dekad 1990an. Kalau ada pun ia berbunyi seperti dimainkan selamba seolah olah seperti sumbang atau seperti dimainkan oleh pemain gitar amatur. Juga suara penyanyi lelaki pada dekad 90an dinyanyikan dalam nada yang rendah.

2000-2010 Muzik generasi baru dari kesinambungan muzik era 80an & 90an. Nama Alternative sudah jarang dipakai kerana muzik itu yang dipelopori oleh band post punk, rock, metal, folk sudah menjadi muzik aliran utama (mainstream). Tahun 2010 muncul trend yang menggabungkan rock & disco menjadi genre dance rock. Ada Feshen & trend muzik 80an di hidupkan kembali oleh artis-artis barat.

                                                        

  
                                                          Muzik dari 2010 hingga 2020

    
   Di masa 80 tahun akan datang (tahun 2091), muzik & lagu baru yang kamu dengar hari ini adalah muzik yang sudah tua & purba bagi pendengaran anak-anak muda dan orang-orang yang hidup di tahun 2091. Mereka yang hidup pada tahun 2091 akan ketawa, tersenyum berjenaka mendengar muzik, lagu tahun 2010 yang tersimpan dalam bentuk CD atau dalam apa sahaja lah bentuk format data. Mereka juga akan masih dapat melihat kehidupan & fashion orang tahun 2010 - 2020. 

Contohnya ialah muzik latar bunyi piano honky tonk dalam filem dibintangi Charlie Chaplin atau Harrold Loyd pada zaman filem bisu 1920an dulu. Hari ini muzik sebegitu sangat dikenali sebagai muzik lucu dan komedik walhal pada zaman filem itu dirakam muzik sebegitu ialah muzik popular menjadi kegemaran orang Amerika & Eropah.  

  Apa format pengedaran muzik di tahun 2091. Mungkin bukan lagi CD atau MP3 kerana sudah di tukar kepada format yang lebih baik. Perjalanan perkembangan seni, muzik, sastera & budaya tidak akan berhenti di tahun 2011. Semuanya akan terus berkembang dalam perjalanan ke masa depan. Penyanyi remaja yang kita puja hari ini, sudah menjadi tua pada tahun 2091 atau sudah lama tiada. Mereka melihat cucu cicit mereka sedang bekerja untuk negara mereka sebagai generasi baru. Penyambung kepada warisan yang mereka turunkan kepada generasi baru.    




M